RM231,000 disamun dalam tempoh lima minit

Uncategorized MAS 16-Dis-2019

Wang berjumlah RM231,000 dirompak dua lelaki dalam tempoh kurang lima minit daripada pekerja sebuah syarikat keselamatan. Menurut polis, kejadian berlaku pukul 10.51 pagi di Sungai Nibong Kecil.

Van syarikat keselamatan tersebut telah berhenti di hadapan sebuah bank selepas mengambil wang hasil jualan pasar raya di Bukit Jambul. Tiga pekerja bertugas memasukkan wang berkenaan ke bank itu.

Ketika seorang daripada pekerja terlibat keluar dari van, seorang lelaki muncul dari arah belakang lantas meragut beg berisi wang yang dibawanya. Pekerja yang cuba melawan itu telah dipukul di mukanya dengan senjata seperti pistol. Suspek berjaya melarikan diri dengan motosikal yang ditunggang rakan jenayahnya.