Robert Pattinson Bakal Menjadi Batman Terbaru?

Mandatory Credit: Photo by Philipp Guelland/EPA-EFE/REX/Shutterstock (9419782e) Robert Pattinson Damsel - Premiere - 68th Berlin Film Festival, Germany - 16 Feb 2018 Robert Pattinson arrives on the red carpet for "Damsel" at the 68th annual Berlin International Film Festival (Berlinale), in Berlin, Germany, 16 February 2018. The Berlinale runs from 15 to 25 February

Selepas berjaya menempa nama di Hollywood dengan membawakan watak ikonik sebagai pontianak di dalam siri filem ‘Twilight,’ kini Robert Pattinson dikhabarkan akan menggalas satu lagi watak ikonik iaitu ‘Batman.’

Biarpun belum ada pengumuman rasmi mengenai perkara itu, namun khabar angin sudah bertiup kencang di Hollywood mengatakan watak superhero ikonik itu akan menjadi milik Robert.

Jika perkara ini sahih, maka Robert akan menjadi aktor paling muda (32 tahun) untuk melakonkan watak yang pernah diterajui oleh oleh Ben Affleck, Christian Bale dan George Clooney itu.

Filem ‘Batman’ terbaru itu dijangkakan akan ditayangkan di seluruh dunia pada 25 Jun 2021 di bawah arahan Matt Reeves yang sebelum ini mengarahkan dua siri filem ‘Planet Of The Apes.’

Nampaknya peminat-peminat Robert Pattinson pasti sudah tidak sabar untuk melihat aktor kesayangan mereka beraksi disebalik topeng hitam. Namun dapatkan peminat tegar filem Batman menerima pemilhan Robert sebagai Bruce Wayne? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari Warner Bros.

 

Sumber : Variety

Foto : Warner Bros & Philipp Guelland