Buletin SalamWebToday
Sign up to get weekly SalamWebToday articles!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Rojak salad tradisional – Rojak Sotong

Makanan 06 Feb 2021
Pilihan oleh Hanita Hassan
Rojak salad tradisional - Rojak Sotong
Rojak salad tradisional - Rojak Sotong @ facebook.com/WarungHijauRojakSotong

Rojak adalah salad tradisional yang mengandungi pelbagai jenis buah dan sayur.  Sekiranya anda sedang cuba mengurangkan berat badan, rojak buah antara makanan pilihan yang baik.

Kombinasi buah mangga muda, kedondong, mangga masak, jambu air dan jambu batu kaya dengan serat dan membantu penghadaman sihat. Istimewanya rojak ialah ia terletak pada kuah yang agak masam, manis, pedas dan masin.

Bagi anda yang sedang diet, kurangkan pengambilan kuah rojak untuk memastikan tidak terlebih mengambil kalori yang sepatutnya.

Rojak salad tradisional – Rojak Sotong

Biasanya rojak disajikan bersama kuah yang agak pekat dan pedas.  Ia adalah campuran cili, belacan, gula merah, kicap dan sos cili yang telah dimasak bersama bijan dan kacang tanah kisar. Makanan ini popular di negara-negara seperti Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Di Malaysia, rojak merupakan hidangan sampingan yang popular dan menjadi kegemaran ramai.  Antara yang sentiasa menjadi pilihan adalah Rojak Buah, Rojak Penang, Rojak Sotong Kangkung dan Rojak India. Rojak Sotong Kangkung menjadi hidangan yang semakin popular bagi peminat rojak dan makanan laut.

Di Melaka terdapat sebuah warung yang tular di media sosial kerana hidangan rojak sotong.  Rojak sotong mengandungi sotong, kangkung, timun, tahu, kacang, cili dan sos.  Kedai yang popular dengan nama Warung Hijau Rojak Sotong kerana kedainya berwarna hijau.

Sotong yang diletak dalam rojak agak besar.  Anda pasti berpuas hati menikmatinya. Warung ini semakin mendapat perhatian bukan sahaja pelanggan di sekitar Melaka tetapi juga dari Kuala Lumpur dan negeri berhampiran.  Ia dibuka seawal jam lima hingga jam sembilan malam. Keenakan rojak terletak pada sotongnya.

Pada peringkat awal, sotong yang digunakan adalah jenis sotong Kembang. Atas permintaan ramai, ia menggunakan sotong bersaiz besar sekali gus menambah keenakan rojak sotong di kedai ini.

Bahan yang digunakan bukan sahaja segar malahan dijamin halal.  Harga rojak bergantung kepada saiz sotong.  Selain rojak sotong, warung ini juga menjual makanan panas bersaiz jumbo seperti mi dan kuetiow goreng.  Ia dihidang bersama sotong, udang, kerang ataupun kupang.

Al-Quran, surah al-Maaida, 5 ayat 96:

“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran;”

Pilih makanan yang sihat, menepati konsep halal

Agama Islam sangat mementingkan umatnya memilih makanan yang sihat, menepati konsep halal dan baik atau halalan tayyiban. Sesuai sebagai agama yang membawa rahmat ke seluruh alam, Islam memberi petunjuk dan panduan tentang pemilihan makanan.

Tujuannya ialah supaya kita tidak teraba-raba dalam mencari sesuatu yang mendatangkan kebaikan. Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia!  Makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.”

(Surah al-Baqarah, ayat 168)

Tabiat pemakanan yang baik ialah menyediakan makanan sendiri di rumah.  Kita boleh memasak makanan sihat di rumah dan mengikut kiraan kalori yang diperlukan. Bagi apa-apa makanan darat atau laut yang diketahui tidak sesuai (untuk diri sendiri), atau yang boleh memberikan mudarat, maka ia tidak dibenarkan untuk dimakan.

Makan di luar memang mudah kerana banyak gerai, kedai mahupun restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati kerana silap memilih jenis makanan boleh mendatangkan keburukan pada tubuh.

Apatah lagi sekiranya penggunaan minyak berlebihan semasa penyediaan makanan tersebut. Justeru cubalah sedaya upaya memasak makanan sendiri di rumah.  Ia bukan sahaja halal tetapi juga sihat untuk kesihatan tubuh badan.