Rokok konvensional dan elektrik – ringkasan kesannya terhadap kesihatan

Kesihatan 05 Jan 2021 Zalika Adam
Pendapat oleh Zalika Adam
Rokok konvensional dan elektrik - kesan terhadap kesihatan
Rokok konvensional dan elektrik (foto: Vape) © Ded Mityay | Dreamstime.com

Rokok mempunyai banyak jenis. Kebanyakan orang tua menggemari rokok daun yang diperbuat daripada daun nipah. Namun dengan teknologi masa kini rokok elektrik juga amat digemari, tidak kira golongan tua atau remaja. Ia dipanggil Vape.

Kesemua jenis rokok mengeluarkan asap, yang membahayakan kesihatan. Bagi penghidu asap mendapat kesan yang lebih buruk daripada penghisap rokok. Perbandingan rokok konvensional dan rokok elektrik dapat diperhatikan seperti berikut:

Rokok konvensional

Rokok diperbuat daripada daun tembakau yang ditanam di kawasan bersuhu panas. Setelah tembakau dituai, daun-daunnya dipetik dan dijemur serta dikeringkan di tempat khas untuk melalui proses pengawetan udara dan pemanasan.

Daun-daun yang dikeringkan diletakkan di tempat yang lembap bagi mengelakkan daripada retak dan pecah. Maka proses pengelupasan dilakukan. Seterusnya, daun disusun mengikut warna, saiz dan kualiti dan diikat dalam satu bundle.

Tembakau dibawa ke kilang untuk dikeringkan buat kali kedua dengan mencampurkan beberapa cecair dan disimpan selama 2-3 tahun. Perisa juga ditambah pada tembakau.

Rokok dibuat dengan mengambil daun tembakau yang dikisar dan dicincang. Seterusnya, dimasukkan dalam kertas dan digulung membentuk rokok. Kemudian, penapis ditambah dihujung rokok. Kebiasaannya, 20 batang rokok dimasukkan ke dalam satu bungkusan rokok.

Rokok elektrik (Vape)

Rokok elektrik dikatakan sebagai alat bagi menggantikan rokok yang biasa (konvensional). Tidak melalui pembakaran seperti biasa. Namun adakah penggunaannya membahayakan kesihatan?

Rokok elektronik adalah alat yang menggunakan kuasa elektronik untuk menyalurkan aerosol atau wap hasil dari pemanasan sesuatu cecair yang dihisap oleh pengguna.

Kandungan utama

Kandungan utama cecair rokok elektronik ialah nikotin, propilin glikol, gliserin sayuran, bahan perasa dan pewarna.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur atau IPAS (ESERI) di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu yang dikeluarkan oleh KOSMO pada November 2015, mendapati bahawa cecair rokok elektronik mengandungi ganja. Ganja ini telah diuji di makmal IPAS.

Justeru, pengambilan rokok konvensional dan rokok elektronik sama-sama memberikan kesan yang negatif terhadap kesihatan manusia. Jauhilah pengambilan kedua-dua rokok tersebut agar kesihatan terus terjamin.