RON95 gred EURO4M (E4M) diperkenalkan Januari depan

Uncategorized MAS 12-Dis-2019

Bermula Januari 2020, gred petrol RON95 dengan spesifikasi Eropah E4M akan mula dijual di stesen minyak di Malaysia. Petrol E4M akan menggantikan standard E2 yang digunakan sekarang dan berkualiti setara RON97.

Hanya sebilangan kecil negara seperti United Kingdom dan Australia menggunakan standard E4M berkenaan. Kelebihan E4M adalah penggunaannya mengurangkan pengeluaran asap dan membantu penjagaan enjin kenderaan.

Inisiatif ini mendapat kerjasama syarikat seperti Shell, Petronas dan Petron. Pihak industri juga sudah bersedia dalam menyempurnakan aspek penjualan dengan kerja-kerja di depoh dan stesen minyak sedang giat dilaksanakan.

Petrol berkualiti tinggi merupakan antara inisiatif untuk menjayakan Dasar Teknologi Hijau Negara 2009.