RPG Strategi Mudah Alih, First Summoner Dilancar Di 142 Negara

Suka Nor Syariza Tahir 18-Jul-2019

Line Games Corporation melancarkan permainan strategi mudah alih RPG, First Summoner secara global pada 18 Julai di 142 buah negara.

RPG masa sebenar yang dibangunkan oleh SkeinGlobe itu direka khusus untuk permainan sebelah tangan dalam orientasi potret.

Permainan tersebut memberikan kawalan penuh manual terhadap hero pemain dan sebuah dek enam kad, yang boleh dikumpul dengan beberapa kad saman serta jampi.

Kunci utama untuk menang adalah dengan membina, mengukuhkan dan bereksperimen dengan setiap dek serta menyusun strategi-strategi yang berkaitan dengan situasi-situasi tidak menentu dalam setiap ruang pertarungan yang berbeza.

Selain itu, First Summoner menampilkan pelbagai kandungan bagi memastikan para pemain kekal mengambil bahagian, termasuk World Map, kempen senario utama bagi tahap kesukaran yang meningkat, arena PvP Snake’s Battlefield untuk bersaing dan Roguelike Dungeon Infinite Chaos bagi pertarungan ruang tanpa henti yang dipenuhi dengan harta karun.

Bagi meraikan pelancaran First Summoner, sebuah acara pembukaan rasmi, ‘A 7-day Journey’ diadakan bermula 18 Julai hingga 1 Ogos.

Ia akan memberikan ganjaran berupa mata wang dalam permainan dan Legendary Card kepada pemain yang berjaya menghabiskan misi harian.

First Summoner kini boleh dimuat turun daripada Google Play dan App Store.

Foto: PR Newswires