S Great Grain Dengan Lima Kandungan Makanan Sunnah

Jenama keluaran tempatan, Surya telah melancarkan minuman multi bijirin, S Great Grain istimewa untuk mereka yang ingin mencapai gaya hidup yang lebih sihat.

Dengan kandungan kebaikan yang diperolehi daripada 18 jenis biji-bijian termasuk lima makanan sunnah iaitu habbatus sauda, madu, zaitun, delima dan buah tin, formulasi unik ini diyakini mampu memberi pelbagai manfaat kesihatan.

Bijirin seperti beras merah, beras perang, kacang hijau, jagung, gandum, bijan hitam dan pelbagai jenis kacang serta biji benih mempunyai set nutrien yang komprehensif termasuk karbohidrat yang baik, protein, serat makanan, vitamin dan antioksidan. Ini menjadikan produk ini pilihan  terbaik untuk mereka yang ingin memulakan hari dengan sempurna.

“Ramai yang mengidamkan manfaat makanan-makanan Sunnah ini namun ia sukar ditemui di Malaysia dan sebahagian daripadanya hanya boleh didapati di luar negara. Tambahan pula, makanan tersebut dijual pada harga yang agak mahal. Kini, dengan S Great Grain, pengguna dapat memperoleh manfaat yang sangat diidamkan tanpa perlu berbelanja besar,” ujar Pengasas Surya Malaysia, Douglas Lee pada majlis pelancaran produk ini pada Khamis.

Sementara itu, Perunding Diet, Nurul Aziah Musa, yang turut sama dalam majlis pelancaran itu turut berkongsi pengetahuannya tentang manfaat pengambilan minuman multi bijirin dan makanan Sunnah ini.

“Minuman multi bijirin sememangnya memberi manfaat kepada kesihatan. Mereka yang ingin mengamalkan diet sihat atau ingin menurunkan berat badan boleh mengambil minuman ini.”

“Kandungan oat beta glucan dalam minuman multi-bijirin membantu dalam pengurusan berat badan yang ideal. Ini kerana ia mampu memberi rasa kenyang , sekali gus memperlahankan nafsu makan serta bagus untuk sistem pencernaan. Selain itu, makanan multi bijirin juga membantu mengimbangi paras glukosa dalam darah,” ujar Nurul Aziah.

“Bagi umat Islam yang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang akan datang, S Great Grain boleh diambil ketika bersahur kerana ia mengandungi nutrien dan serat yang membantu mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari.”

“Ia memenuhi keperluan nutrien harian anda dari semua kumpulan makanan terutamanya karbohidrat kompleks yang membantu melepaskan tenaga secara perlahan-lahan sepanjang tempoh berpuasa,” tambah Nurul lagi.

S Great Grain mula memasuki pasaran sejak empat bulan yang lalu dan ia boleh didapati di cawangan Watsons dan farmasi di seluruh Malaysia. Dijual pada harga RM39.90 untuk 15 sacet, produk ini  boleh didapati dalam dua jenis pembungkusan iaitu pek plastik atau kotak.

Kredit foto : Xavier Mah Consultancy Sdn Bhd