Sa Sa: Kedai Kosmetik Dan Penjagaan Diri Sehenti

Permintaan pengguna terutamanya golongan wanita terhadap produk kecantikan dan penjagaan diri pada masa kini semakin meningkat, seiring dengan perubahan gaya hidup.

Menyedari lebih ramai wanita mahukan rangkaian produk kecantikan dan penjagaan diri lengkap yang boleh dibeli dalam satu kedai, jenama kosmetik yang berasal dari Hong Kong, Sa Sa memperkenalkan kempen Sa Sa’s Beauty Around The World.

Berlangsung sekarang sehingga 1 September 2019, kempen yang pertama kali diadakan di Malaysia itu bertujuan untuk menjadikan Sa Sa sebagai sebuah ‘kedai pakar kosmetik sehenti’ yang menawarkan pengguna pelbagai pilihan produk kecantikan berkualiti pada harga yang kompetitif.

Diadakan di kesemua cawangan Sa Sa seluruh negara, kempen tersebut turut menawarkan promosi-promosi hujung minggu seperti potongan 50% bagi pembelian barangan kedua serta Beli-1-Percuma-1 untuk jenama-jenama dan produk-produk istimewa.

Menurut Pengurus Besar Serantau, Sa Sa Malaysia dan Singapura, Lisa Soon, idea utama bagi kempen Beauty Around The World adalah untuk memperkenalkan semula Sa Sa sebagai peruncit kecantikan pilihan utama yang menawarkan pelbagai jenama antarabangsa dan jenamanya sendiri.

“Kami memahami permintaan pasaran kecantikan dan komited untuk menawarkan pelbagai pilihan produk yang bukan sahaja berbaloi untuk wang pembeli, malahan berkualiti tinggi.

“Kami berharap dapat menjadikan kempen Beauty Around The World sebagai sebuah program tahunan yang mampu memberikan pengalaman membeli-belah pelanggan lebih bermakna,” ujarnya.

Dengan lebih daripada 700 jenama penjagaan kulit, minyak wangi, alat solek, penjagaan rambut dan badan, makanan tambahan kesihatan dan kecantikan serta jenama eksklusif Sa Sa sendiri, sejak memasuki pasaran Malaysia pada tahun 1998, Sa Sa sehingga kini mempunyai sejumlah 81 kedai di seluruh negara ini.

Ia diasaskan di Hong Kong pada tahun 1978, dan setakat ini, Sa Sa International Holdings Limited mempunyai lebih daripada 270 kedai dan platform e-Dagang di Hong Kong, Macau, China, Malaysia dan Singapura.

Foto: SLPR Worldwide Group dan Facebook Sa Sa Malaysia