Safee Sali kekal milik Petaling Jaya City

Uncategorized MAS 08-Dis-2019

Bertentangan dengan spekulasi tentang rombakan pasukan Petaling Jaya City (PJ City), penyerang berbisa, Safee Sali menegaskan beliau akan kekal pada musim depan. Bahkan beliau turut meramalkan kemasukan beberapa pemain berpengalaman ke dalam pasukan tersebut untuk memberi saingan hebat untuk lima pasukan terbaik Liga Super.

Biarpun enggan menamakan pemain-pemain yang dimaksudkan, beliau menegaskan mereka merupakan pemain-pemain terkenal dalam bola sepak tanah air. Penyertaan mereka ke dalam PJ City akan memperkukuhkan pasukan dalam berhadapan cabaran pasukan-pasukan gergasi seperti Kedah, Johor DT dan Pahang.

Beliau diwawancara selepas pertandingan Piala Belia Eat Right to Play Right (ERTPR) anjuran syarikat insurans Zurich Malaysia.