Sage Asia: Kadar penembusan digital tinggi mampu tarik firma Fortune 500

Uncategorized MAS 22-Dis-2019

Pelaburan lebih banyak dalam prasarana untuk meningkatkan kadar penembusan digital penting untuk menarik syarikat Fortune 500. Ini berikutan penggunaan teknologi merupakan kunci pelaburan berkualiti pada masa depan.

Terdahulu, Malaysia adalah destinasi menarik dalam sektor perindustrian berikutan kos perniagaan dan pekerja yang rendah.

Untuk menarik lebih banyak syarikat Fortune 500, prasarana seperti Internet 5G dan kadar penembusan Internet yang meluas adalah mustahak.

Pelaksanaan Internet 5G disasarkan bermula pada tahun 2020. Kerajaan juga melabur sejumlah RM21.6 bilion dalam Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). Projek lima tahun itu akan memastikan kesalinghubungan berkelajuan tinggi dan berkualiti di seluruh Malaysia termasuk luar bandar.