Buletin SalamWebToday
Daftar untuk mendapatkan artikel SalamWeb Today setiap minggu!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Sahabat dijanji Syurga: belajar dari sifat dan kelebihan Umar r.a

Islam 30 Dis 2020
Hagnas
english.alarabiya.neten-Umar-bin-al-Khattab
Masjid Umar bin al-Khattab r.a di Foz do Iguacu, Parana, Brazil © english.alarabiya.net/en

Setiap orang yang meneliti dan mengkaji sirah ar-Rasul SAW pasti akan menemui suatu nama khalifah yang sering disebut-disebut kehebatannya. Biarpun personaliti sahabat agung Rasulullah SAW ini berbeza jika dibandingkan dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a, nama beliau juga indah.

Pandangan dan kata-kata beliau sering dijadikan rujukan hingga ke saat ini. Beliaulah Saidina Umar al-Khattab r.a.

Umar r.a bukan antara sahabat terawal memeluk Islam

Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab r.a bukanlah termasuk di kalangan sahabat-sahabat yang terawal memeluk Islam. Seperti Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Uthman r.a dan Saidina Ali r.a.

Namun, hidayah Allah SWT melalui doa mustajab Nabi Muhammad SAW telah menjengah dan menawan hati Umar Al-Khattab r.a. Umar ketika itu sangat terkenal dengan ketegasan, keberanian dan keperwiraan dalam peperangan.

Doa Nabi Muhammad SAW kepada Allah SWT agar diberikan hidayah kepada Saidina Umar al-Khattab r.a itu akhirnya telah diperkenankan oleh Allah. Bagaimanakah hati Umar yang begitu gagah itu akhirnya boleh lunak dan menerima hidayah Islam?

Kelebihan Khalifah Umar al-Khattab r.a

Wajar untuk kita semua mengetahui bahawa Umar r.a bukan hanya dikenali dengan ketangkasan dan keperkasaan di medan juang. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang pakar dalam bidang bahasa dan kesusasteraan bahasa Arab.

Selain dari kesungguhan dan keikhlasan untuk menerima kebenaran dengan hidayah Allah SWT, beliau punyai kemahiran dan penguasaan kesusasteraan bahasa Arab yang tinggi. Ini turut membantu beliau memahami dan menjiwai ayat-ayat al-Quran yang dibacanya saat beliau bertandang ke rumah adiknya Fatimah bila dikhabarkan bahawa adiknya telah memeluk Islam.

Umar r.a berjaya merampas dan membaca beberapa patah ayat-al-Quran yang dipelajari oleh adiknya. Walaupun pada mulanya beliau marah, hati beliau terus berubah apabila membaca ayat-ayat al-Quran yang begitu indah lagi benar itu. Akhirnya, beliau memutuskan untuk mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Rasulullah SAW dan bersama-sama menyebarkan dan memperjuangkan risalah Islam yang suci.

Belajar dari sifat Saidina Umar r.a

Begitu banyak pelajaran yang dapat kita ambil dari kisah hidup Saidina Umar Al-Khattab r.a. Walaupun beliau sesekali mempunyai pendapat yang berbeza berbanding dengan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq r.a, beliau sangat menghormati dan menyanjungi Saidina Abu Bakar.

Bahkan beliau juga sangat menghormati para sahabat yang lain dan sering meminta nasihat daripada mereka. Inilah keluhuran hati Umar Al-Khattab r.a, walaupun beliau sangat hebat dan dihormati oleh kawan dan lawan.