Saidina Umar bin al-Khattab r.a – penguasa yang ideal

Islam untuk Pemula Hanita Hassan 07-Okt-2020
dreamstime_s_2581099
Masjid Al-Farooq Umar Al Khattab di Dubai, Emiriah Arab Bersatu © Gian Marco Valente | Dreamstime.com

Saidina Umar bin al-Khattab r.a dipilih sebagai khalifah pada tahun 632 Masehi, atas permintaan Khalifah Abu Bakar r.a. Beliau adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang pertama yang telah memperkukuh pengaruh Islam terhadap negara-negara Arab dan bukan Arab yang berjiran.

Rasulullah SAW telah menciptakan ummah. Abu Bakar r.a memastikan ia tidak dibinasakan, sementara Umar Al-Khattab r.a memimpinnya ke arah kemuliaan dan kekuatan.

Salah seorang penentang kepada umat Islam

Sebelum Saidina Umar r.a memeluk Islam, beliau adalah salah seorang penentang kepada umat Islam. Umar berusia 15 tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Dilahirkan di Mekah pada tahun 585 Masehi. Seorang yang sangat tinggi dari segi fizikalnya dan jika berada dalam kumpulan seolah-olah beliau sedang duduk di atas kuda.

Seorang yang gagah, ringan tangan dan tidak suka diperintah, namun Umar r.a adalah seorang yang lemah lembut. Langkahnya lincah, suaranya bergema, marahnya sesingkat mungkin. Kulitnya cantik dan kumisnya lebat dan diwarnakan merah. Ketika Umar gugup, beliau seolah-olah memutarbelitkan ayatnya.

Saidina Umar r.a hanyalah seorang pengembala sebelum menjadi saudagar. Kewibawaannya di kota Mekah tidak dapat dipertikai sehingga beliau sering diundang sebagai hakim pihak ketiga bagi menyelesaikan perbalahan.

Rasulullah SAW  tidak putus berdoa agar Allah SWT membukakan hati umatnya yang berpengaruh seperti Umar r.a untuk memeluk Islam.  Beliau tidak pernah putus asa. Umar mengambil keputusan membunuh Rasulullah SAW kerana berdakwah mengajak  mereka meninggalkan penyembahan dewa-dewa nenek moyang mereka.

Umar Ibnu Al-Khattab r.a akhirnya memeluk Islam

Dalam perjalanannya, Saidina Umar r.a bertemu seorang lelaki yang menyampaikan berita bahawa anak perempuan serta isterinya telah memeluk Islam. Sesampainya di rumah, beliau mendapati mereka sedang membaca ayat-ayat dari kitab suci Al-Quran.

Saidina Umar r.a berasa sangat marah tetapi Allah SWT menahannya. Sebaliknya, beliau meminta mereka  membacakan beberapa potong ayat Al-Quran kepadanya. Selepas mendengarnya, beliau berkata ‘di mana aku boleh menemui Muhammad?’ tanya Umar. ‘Di al-Akram,’ kata menantunya.

Dari titik itulah Umar Ibnu Al-Khattab r.a akhirnya memeluk Islam dan menjadi pembela yang paling dipercayai, serta pengawal dan sahabat Rasulullah SAW. Umar melindungi orang yang beriman daripada serangan penyembah berhala dan memastikan keselamatan mereka semasa berhijrah ke kota Madinah.

Di Madinah, Umar r.a menikahkan puterinya dengan Rasulullah SAW dan mengambil bahagian dalam semua kempen ketenteraan negara Islam bersama Nabi Muhammad SAW. Kemudian, bersama pengganti dan timbalannya (khalifah) iaitu Abu Bakar r.a. Setelah kewafatan Abu Bakar, Umar iaitu sahabat terdekatnya dipilih sebagai penasihat, iaitu khalifah dan ‘wakil Rasulullah’ yang baharu.

Umar r.a bertekad untuk aktif memperluaskan wilayah pemerintahan. Merampas semula wilayah Byzantin di Syria, Palestin, Mesir dan Babylon dan menakluki sebahagian wilayah Parsi (orang Parsi menganggapnya sebagai perampas dan mula menandakan hari kematiannya sebagai perayaan).

Adil kepada umat Islam, tidak menunjukkan belas kasihan terhadap musuh

Saidina Umar r.a telah berjaya menakluki sebuah kerajaan yang sangat besar. Beliau juga melantik para sahabat Nabi Muhammad SAW sebagai Gabenor di wilayah yang ditaklukinya dan mereka menuruti arahannya.

Atas perintah Umar r.a, Zayd Ibnu Thabit r.a, seorang pencatit kepada Rasulullah SAW, mula mengumpul semua potongan wahyu yang ada ketika itu dan memulakan pengumpulan teks-teks Al-Quran menjadi sebuah naskah.

Beliau juga menguruskan ibadat haji dan melaksana haji setiap tahun bersama para pengikutnya. Umar r.a adalah seorang pentafsir Al-Quran yang berbakat, serta mahir dalam ilmu hadis dan fikah (hukum Islam).

Umat ​​Islam dan agama Islam sendiri telah banyak terhutang budi terhadap Saidina Umar r.a. Umar dianggap sebagai penguasa yang ideal: seorang yang sentiasa adil kepada umat Islam dan tidak menunjukkan belas kasihan terhadap musuh.

Khalifah Umar r.a akhirnya telah dibunuh oleh penyembah berhala Parsi yang membalas penaklukan Parsi oleh khalifah. Hamba Piruz, yang dikenali sebagai Abu Lula, menikamnya sebanyak enam kali ketika beliau sedang menunaikan solat di masjid. Ketika Umar mengetahui identiti pembunuhnya, beliau berseru: “Segala puji bagi Allah bahawa kematian saya tidak disebabkan oleh orang yang beriman kepada Islam!”