Saintis Muslim merevolusi dunia perubatan

Dunia Hanita Hassan 01-Okt-2020
dreamstime_s_83296079
Tugu Avicenna di Partenit, Krimea © Potatushkina | Dreamstime.com

Dalam Islam, ilmu pengetahuan merupakan salah satu sifat yang sangat dihargai oleh orang yang beriman. Lima ayat pertama yang diturunkan dalam Islam adalah tentang kepentingan membaca dan menimba ilmu pengetahuan.

Sebagaimana yang difirmankan Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk). Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

(Surah al-Alaq, ayat 1-5)

Ilmu dan Zaman Keemasan Islam

Sekiranya terdapat generasi umat Islam yang  serius tentang kepentingan menuntut ilmu, generasi tersebut adalah dari abad ke-8 hingga abad ke-13 Masehi yang juga disebut Zaman Keemasan Islam, iaitu tempoh semasa berlakunya sumbangan besar pelbagai bidang intelektual oleh saintis Muslim. Sumbangan mereka dalam bidang perubatan memberi kesan yang sangat luar biasa.

Dalam tempoh tersebut, bidang perubatan Islam telah berkembang dan mencatat kecanggihan yang luar biasa. Kehebatan ini telah  menjadi satu revolusi sehingga menyebabkan Eropah terpaksa membuat penakrifan semula tentang amalan dan pendidikan perubatan mereka.

Para sarjana Muslim menggunakan pendekatan yang unik dan bijaksana dalam menuntut ilmu. Mereka menyusun dan memberi huraian yang jelas mengenai pengetahuan yang dikumpulkan daripada pelbagai sudut sambil menambah pemahaman dan pengalaman dalam bidang penyelidikan mereka.

Para tokoh dan saintis Muslim

Pada tahap ini, para saintis Muslim yang luar biasa telah berjaya mengubah dunia perubatan buat selama-lamanya. Abu Bakar Muhammad bin Zakariyya al-Razi, seorang tokoh lagenda (juga dikenali sebagai Rhazes atau Al-Razi) merupakan orang pertama yang menggunakan teori humoral untuk mengklasifikasi penyakit berjangkit.

Bukan sekadar itu sahaja, dia juga menulis sebuah buku lanjutan mengenai penyakit campak dan cacar dan memperinci semua bukti klinikal penyakit tersebut. Dia secara umum dianggap sebagai seorang pakar perubatan Islam yang ulung dan terhebat berbanding pakar perubatan lain.

Selain itu, Ibnu Zuhr (juga dikenali sebagai Avenzoar),  di zamannya tidak ada pakar bedah yang lebih baik berbandingnya. Dia terkenal dengan sumbangan yang berterusan dan perintis dalam bidang pembedahan, merupakan pakar bedah pertama yang melakukan kajian terhadap trakea menggunakan kambing sebagai subjek. Kini Trakeotomi merupakan piawaian amalan dalam bidang perubatan, ia telah terbukti menyelamatkan nyawa berjuta-juta orang.

Saintis Muslim mengubah aspek perubatan

Saintis Muslim terawal yang tidak boleh dilupakan adalah Ibnu Sina (terkenal sebagai Avicenna). Cendekiawan bijak ini telah menghasilkan sebuah ensiklopedia perubatan   bertajuk The Canon of Medicine. Karya beliau sangat terperinci sehingga digunakan sebagai rujukan perubatan yang diakui di pelbagai sekolah perubatan selama lebih kurang 700 tahun.

Terdapat juga tokoh lain seperti Abu al-Qasim al Zahrawi al-Ansari (yang lebih dikenali sebagai Albucasis atau Al-Zahrawi). Dia dikenali sebagai bapa pembedahan dan salah sebuah karyanya yang terkenal adalah Kitab al-Tasrif, yang merupakan ensiklopedia tiga puluh jilid mengenai amalan perubatan. Buku ini digunakan di seluruh Eropah selama setengah alaf. Dia secara khusus melaksana tugasnya berpandu kepada sunah Rasulullah SAW.

Terdapat ramai lagi saintis Muslim yang juga telah berjaya mengubah aspek perubatan atau aspek bidang yang lain. Pengajaran melalui kisah mereka ini adalah, selagi umat Islam mematuhi perintah Allah SWT dan menuntut ilmu untuk kepentingan umat manusia dengan mengingati Allah, selagi itulah kejayaan akan menjadi milik kita.

Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan kita selalu, aamin.