Salmon Limau Yuzu dengan Risotto Beras Perang

Terasa seperti ingin menikmati makanan Jepun, namun tidak pandai menyediakan mana-mana hidangan dari negara matahari terbit itu?

Jangan risau, kerana kini anda boleh menyediakan makanan Jepun dengan sentuhan Perancis dengan mudah hanya di rumah, tanpa perlu pergi ke mana-mana restoran.

Anda boleh cuba sediakan hidangan Salmon Limau Yuzu Dengan Risotto Beras Perang, seperti yang dikongsikan oleh Unilever Foods Solutions.

Resipi sihat ini menawarkan salmon merah jambu yang segar, ditambah dengan limau Yuzu yang manis dan masam untuk memberi anda rasa dari Jepun.

Tambahkan risotto beras perang untuk rasa berkrim yang akan menyatukan semua rasa hidangan ini.

Selamat mencuba!

 

Bahan-Bahan:

 

Filet Salmon

Filet salmon (sekeping)                                                            250 gm

Garam dan lada                                                                       Secukup rasa

Jus lemon                                                                                   1 sudu besar

Minyak masak                                                                           2 sudu besar

 

Jus Yuzu

Sos soya                                                                                     1 sudu besar

Gula perang                                                                              4 sudu besar

Tepung jagung                                                                          1 sudu kecil

Air sejuk                                                                                     2 sudu besar

Biji bijan                                                                                     1 sudu besar

Jus limau Yuzu                                                                          2 sudu besar

 

Risotto Nasi Perang

Knorr Sup Krim Cendawan                                                      240 ml

Beras perang                                                                             300 gm

Rebusan sayur                                                                          240 ml

Mentega                                                                                    1 sudu besar

Bawang merah dicincang                                                       ½ ulas

Asparagus (dipotong)                                                             170 gm

Lobak merah (didadu)                                                            170 gm

Keju Parmesan (diparut)                                                         1 sudu besar

Knorr Serbuk Perisa Ayam Tidak

Ditambah MSG

 

Cara-Cara Membuat:

 

Filet Salmon
  1. Perap filet salmon selama 30 minit dengan garam, lada dan bawang putih.
  2. Letakkan jus lemon ke ikan hanya sejurus sebelum memasak kerana jika dibiarkan terlebih lama, asid dari lemon akan memasaknya sebelum ia menyentuh periuk (juga dikenali sebagai ceviche).
  3. Tetapkan api dapur ke sederhana, masukkan minyak masak dan letakkan filet salmon di kuali, kulit ke bawah untuk mengelakkan daging daripada melekat di muka kuali. Ini kerana bahagian kulit mengambil masa lebih lama untuk dimasak. Biarkan ia masak selama kira-kira 4-5 minit atau sehingga kulitnya rangup.
  4. Terbalikkan salmon ke atas, dan biarkan bahagian atas masak selama 2 minit, atau sehingga salmon masak sepenuhnya.

 

Jus Yuzu
  1. Dalam periuk, masukkan gula dan kacau berterusan sehingga ia mula menjadi karamel dan mula mencair seperti sirap. Berhati-hati agar gula tidak hangus.
  2. Masukkan kicap, jus limau Yuzu, dan campurkan sehingga tekstur melekit (Jika sos terlalu berair, masukkan campuran tepung jagung dan air sejuk yang telah dicampur dalam mangkuk berasingan. Jangan gunakan air panas untuk campuran ini kerana ia akan memasak tepung jagung sebelum sempat bercampur dengan sos. Juga jangan terus tambah tepung jagung ke dalam sos tanpa mencampurkannya terlebih dahulu dengan air. Ia akan berketul dan sangat sukar untuk dihancurkan di dalam sos).
  3. Apabila sos sudah mendidih, masukkan bijan.

 

Risotto Nasi Perang
  1. Masak rebusan sayur hingga mendidih di atas api tinggi, tambahkan kacang asparagus dan lobak. Biarkan mendidih selama 2 minit atau sehingga asparagus bertukar warna.
  2. Tapis, kemudian pindahkan ke air sejuk. Biarkan sup terus mendidih pada api kecil.
  3. Dalam kuali, tumis bawang dalam mentega dengan api sederhana hingga rendah, sehingga ia bertukar lutsinar. Masukkan nasi dan masak sehingga terbakar (toasted) ringan.
  4. Secara beransur-ansur tambahkan stok sayuran, satu senduk pada satu masa, dan kacau berterusan, sehingga beras menyerap stok selama 5 minit.
  5. Apabila nasi sudah lembut, masukkan Knorr Sup Krim Cendawan ke dalam campuran nasi.
  6. Masukkan asparagus dan lobak yang dimasak, dan campurkan semua bahan hingga panas, selama 2-3 minit.
  7. Perisakan secukupnya dengan KNORR Chicken Seasoning Powder (Serbuk Perisa Ayam Tidak Ditambah MSG Knorr), kemudian tambahkan keju Parmesan. Untuk risotto yang lebih berkrim, tambah lebih banyak sup berkrim.

 

Hiasan
  1. Pada pinggan yang berlekuk, mulakan dengan meratakan risotto.
  2. Letakkan salmon di atas risotto dan renjis gerlis limau Yuzu di atasnya.
  3. Tabur dengan bijan.

Foto: Unilever Foods Solutions