Saya tidak pernah mimpi lihat Putrajaya berusia 25 tahun – Dr Mahathir

Kehidupan Adea Ghafar 01-Jan-2020
© Rosnun | Dreamstime.com

PUTRAJAYA, 31 Dis — Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu melancarkan sambutan Jubli Perak Putrajaya dan majlis penutup Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) pada ambang tahun baharu 2020 berkata, beliau tidak pernah bermimpi untuk menyaksikan Putrajaya mencecah usia 25 tahun pada 2020.

Beliau melancarkan Putrajaya pada 29 Ogos 1995 dan percaya bahawa kemegahan pembangunannya sebagai ibu kota pentadbiran adalah hasil kerjasama, perpaduan dan keamanan bersama.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, Putrajaya menerima 5-6 juta pengunjung setahun dan memiliki 13 taman hijau bertaraf dunia serta tasik buatan yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO).