Sayur Campur ‘Rasa Sifu’

Istimewa daripada Ajinomoto Malaysia, apa kata anda cuba resipi mudah ini di rumah. Sayur Campur ‘Rasa Sifu’ ini sesuai dihidangkan kepada keluarga kecil kerana saiz hidangan yang dicadangkan adalah untuk 4 ke 5 orang.

Mungkin ada yang berkata, “Setakat masak sayur, bukannya susah sangat pun. Campak-campak saja dah siap.”

Betul. Itu kalau anda sudah biasa turun ke dapur untuk menyediakan makanan untuk sekeluarga.

Tetapi bagi yang masih tidak betah memasak, mungkin agak terkial-kial dan bimbang sekiranya masakan tidak menjadi.

Sebab itulah, resepi daripada Ajinomoto ini boleh membantu. Biarlah apa orang hendak kata, yang penting anda punya keazaman untuk memasak dengan penuh kasih-sayang.

Tapi sebelum itu, beli dulu ‘Rasa Sifu’ untuk memastikan hidangan Sayur Campur ‘Rasa Sifu’ ini secukup rasa dan tiada celanya!

Selamat mencuba!

 

Bahan-bahan:

1 ½ sudu besar minyak masak

2 biji Bawang Merah, dihiris tebal

2 ulas Bawang Putih, dihiris nipis

80 gram udang, dibersihkan

80 gram Lobak Merah, dihiris serong

80 gram Jagung Muda, dihiris serong

80 gram Kubis Bunga

180 gram Brokoli

5 sudu besar air

1 sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perisa Semua Dalam Satu

 

Penyediaan:

1) Panaskan minyak masak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

2) Masukkan udang dan kacau goreng seketika.

3) Masukkan lobak merah dan jagung muda. Kacau goreng sehingga separuh masak.

4) Masukkan kubis bunga, brokoli dan air. Kacau goreng sebentar.

5) Perasakan dengan Rasa Sifu™ dan kacau rata.

6) Sedia untuk dihidang.

Kredit foto : Ajinomoto Malaysia