Sediakan Sate Ayam Semudah 1,2,3

Berita baik kepada penggemar sate di luar sana. Kini anda boleh menikmati sate pada bila-bila masa, tanpa perlu susah-payah menyediakannya atau bergegas ke gerai-gerai sate pilihan. Dengan rutin harian yang padat, anda boleh memilih Sate Ayam Jumbo Ayamas untuk hidangan sekeluarga.

Sate segera ini amat mudah disediakan di mana anda hanya perlu memanaskan sate sejuk-beku ini dengan cara memanggang, membakar atau menggunakan ketuhar gelombang mikro.

Sate Ayam Jumbo diperbuat daripada potongan daging ayam premium Ayamas yang diperap dengan campuran serai, halia, bawang, lengkuas, dan herba serta rempah terpilih. Ia kemudiannya dicucuk pada lidi dan dibakar secara teliti menggunakan api arang kayu bagi menyerlahkan lagi aroma sate sebenar, sebelum dibekukan dan dibungkus.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Huluan, QSR Brands (M) Holdings Bhd, Adi Wira Abd Razak, pihaknya yakin produk terbaru keluaran Ayamas itu akan mendapat sambutan memberangsangkan.

“Saya yakin pelanggan setia kami akan menyukai produk terbaru ini kerana ia cepat dan mudah untuk dinikmati. Hanya perlu panaskan sate selama beberapa minit dan anda boleh menikmatinya bersama kuah yang juga tersedia dalam pek Sate Ayam Jumbo jenama Ayamas ini,” ujar beliau.

Adi Wira turut menyatakan bahawa produk terbaru ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi juga istimewa dari segi keenakan rasa dan penggunaan ramuan yang berkualiti dari Ayamas.

“Produk ini juga disasarkan kepada golongan remaja dan belia berkerjaya yang sentiasa mengikuti arus perkembangan terbaru dan suka mencuba sesuatu yang lain daripada yang lain. Ia juga sesuai kepada mereka yang memiliki gaya hidup yang sentiasa sibuk,” tambah beliau lagi.

Sate Ayam Jumbo dengan kuah ini dijual dengan anggaran harga RM18.89 setiap paket (10 cucuk) dan kini boleh didapati di pasaraya Giant & Cold Storage di seluruh negara. Pengiklanan dan promosi untuk produk ini termasuk pencetakan HTO, pensampelan makanan melalui pameran bergerak, acara dan juga pameran. Produk ini juga akan di lancarkan dalam acara Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2019) yang akan diadakan di MITEC, Kuala Lumpur dari 3 hingga 6 April 2019 bersama dengan produk beku Ayamas yang lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai produk beku Ayamas, sila layari www.ayamas.com.my.