Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya
Pendapat 09-Mac-2020

Sejarah Aliran Popular Adalah Senjata Yang Merbahaya

Grigory-Matyunin
Grigory Matyunin
Kolumnis

Dengan merebaknya berita palsu, dunia Barat kini semakin nampak bahaya dengan tersebarnya sejarah palsu. Sengketa antara Poland dan Rusia mengenai Pakatan Molotov-Ribbentrop baru-baru ini mendedahkan tuduhan bahawa negara dan parti politik memalsukan rekod sejarah.

Dari China yang cuba menyembunyikan kejadian di Dataran Tianaman, kepada khabar-khabar angin yang disebarkan oleh golongan ekstrimis  mengenai anti-Yahudi, sejarah palsu sering dikaitkan dengan anasir yang berpendirian sempit yang cuba menggelapkan masa silam demi agenda mereka sendiri. Tetapi ini semua membelakangkan isu tindakan jahat memutar belitkan  sejarah yang ditulis dalam buku-buku sejarah Barat.

Tidak seperti pemerintah kuku besi dan parti politik pinggiran, buku-buku ini jarang membuat cerita dongeng, walaupun ini pernah terjadi. Namum, kesannya tetap menimbulkan bahaya. Mereka menggunakan kepalsuan dan taktik menidakkan apa yang berlaku dalam sejarah dengan memilih dan membesarkan fakta yang palsu, tanpa mempedulikan  pandangan yang bertentangan. Mereka langsung tidak memeriksa fakta.

Negara majoriti Islam merupakan mangsa utama tindakan ini. Seringkali disebut sebagai masyarakat Timur (orient), umat Islam digambarkan sebagai menawan dan eksotik tetapi buas dan tidak rasional. Edward Said, bapa kepada kajian selepas penjajahan, menulis dalam tahun 1980, “Saya belum berjaya menemui satu zaman dalam sejarah Amerika atau Eropah selepas era pertengahan di mana Islam dibincangkan diluar rangka yang dibentuk dengan keghairahan, prasangka dan kepentingan politik.”  Beliau menambah umat Islam sering dilucutkan dari sifat kemausiaan. Sebaliknya mereka sering digambarkan sebagai “kasar, karikatur dunia Islam yang penuh dengan kelemahan terutama sekali bila berdepan dengan kuasa ketenteraan.”

Pengajian palsu mengenai Timur Tengah berterusan dilakukan oleh penulis Barat. Ini termasuk buku-buku seperti From Time Immemorial oleh Joan Peters. Buku ini menyelewengkan kehidupan bangsa Palestin sebelum wujudnya Israel. Selain dari itu, penulis revisionist Efraim Karsh juga sengaja memaparkan Islam sebagai kuasa yang ganas dan merbahaya.

Sikap ini membentuk  tulang belakang idelogi neo-consevatif  Barat dan penindasan mereka disarungkan dengan istilah politik.  Buku-buku ini mendapat sokongan popular untuk tindakan ketenteraan, mencabul kehormatan dan kedaulatan negara-negara Timur Tengah. Ia memberi gambaran penduduk Timur Tengah tidak berfikiran rasional untuk memerintah negara mereka sendiri.  Sejarah Palestin pula dijual dengan mitologi penaklukan, dan sekaligus merompak penduduk asal Palestin dari tanah air mereka.

Ini mencetuskan situasi politik di mana pencerobohan tentera mengatasi asas undang-undang antarabangsa. Dalam perspektif ini, Timur Tengah wujud hanya untuk dikuasai, dididik dan dirampas. Bayangkan, dalam satu undian awal dalam tahun 2015, 30 peratus pengundi parti Republikan, dan 20 peratus pengundi parti Demokrat menyokong pengeboman Agrabah, kerajaan khayalan dalam filem Alladin keluaran Disney.

Alhi sejarah Barat bukanlah mereka yang menidakkan Holocaust. Mereka juga bukan ahli teory konspirasi (namun pemutaranbelitan Joan Peters terhadap Nakba Palestin hampir menuju arah itu). Jelasnya,  mereka tidak perlu merubah fakta sejarah atau menidakkan kekejaman, atau mencipta urutan masa yang berbeza demi memesongkan masyarakat Barat untuk bertindak ganas terhadap negara-negara Timur Tengah. Penulis-penulis ini mungkin tidak terlalu kesat dan menipu seperti David Irving, tetapi mereka telah memutar belitkan idelogi yang telah meragut dan menghancurkan jutaan nyawa.

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

Related articles
Pendapat
Pendapat 14-Mac-2020
Nor Fadhil
Kolumnis

Islamophobia merupakan salah satu bentuk perkauman dan orang Islam adalah kumpulan sebuah kaum sama seperti kumpulan keugamaan dan kumpulan politik. Umat Islam sering dianggap kelompok monolitik. Mereka dianggap tidak peka pada pertimbangan yang rasional dan logik, dan bersifat ganas. Kehidupan mereka dikatakan tidak sesuai dengan cara kehidupan Barat. Atas sebab inilah orang kulit putih yang memeluk Islam dan dibesarkan di Britain disuruh pulang ke negara asal mereka, kerana menurut pandangan orang luar, Islam dan berkulit putih adalah konsep yang bercanggah.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 09-Mac-2020
Muhammad Nassar
Muhammad Nassar
Kolumnis

Politik sebenarnya adalah sebuah proses dalam hal pembentukan dan juga untuk proses pembagian kekuasaan dalam lingkungan masyarakat.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 08-Mac-2020
Muhammad Nassar
Taufiq Sugeng
Kolumnis

Semenjak Donald Trump muncul untuk bertanding dalam pilihanraya, pendapat umum adalah beliau merupakan kelainan dan perubahan arah tuju. Selepas memilih President kulit hitam yang pertama, golongan liberal berharap akan terpilih pula pemimpin wanita.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 07-Mac-2020
Muhammad Nassar
Taufiq Sugeng
Kolumnis

Umat Islam di seluruh dunia dibebani dengan pelbagai bentuk penindasan.samada sekatan agama, pemerintah yang korup atau aparatus kekejaman. Kian ramai Muslim berarak di jalan-jalan raya membantah dan menuntut keadilan.

Teruskan Teruskan