Sejarah dunia Islam: kekhalifahan yang benar

Islam untuk Pemula Hanita Hassan 21-Okt-2020
dreamstime_s_158728834
Masjid Nabi dan Madinah di waktu malam © Samet Guler | Dreamstime.com

Apakah kekuatan Rasulullah SAW? Mengapa Baginda sentiasa dapat menewaskan musuh-musuhnya? Ia tidak perlu dipersoalkan kerana segala-galanya adalah bantuan dan pertolongan Allah SWT.

Dengan nama Allah SWT, masyarakat Islam (umah) telah mula dibentuk di Mekah dan diketuai oleh Rasulullah SAW sendiri. Dengan nama Allah, dalam usaha untuk melindungi diri daripada penganiayaan penyembah berhala, masyarakat Islam telah berhijrah ke Madinah.

Madinah dan kewafatan Rasulullah SAW

Di Madinah, penduduknya telah memeluk Islam serta menawarkan Rasulullah SAW sebagai pemerintah mereka. Dengan Nama Allah SWT, cahaya dan kekuasan Islam  tersebar dari kota Madinah sehingga ke kota Mekah dan seluruh Semenanjung Tanah Arab.

Setelah kewafatan Rasulullah SAW, maka timbul persoalan siapakah yang bakal menjadi pemimpin umah? Pada ketika itu semua calon khalifah adalah dalam kalangan para sahabat Rasulullah. Abu Bakar r.a merupakan sahabat Nabi yang paling tegas dan mempunyai keazaman yang tinggi berbanding sahabat-sahabat Baginda yang lain.

Saidina Abu Bakar r.a menyedari bahawa dengan kewafatan Rasulullah SAW,  pasti akan menimbulkan ketegangan dan berlaku perbezaan pendapat. Maka, beliau telah keluar ke dataran dan berkata kepada mereka yang berkumpul di sana.

Bermula era Khulafa Al-Rashidin

“Wahai orang-orang yang bersaksikan kepada Muhammad SAW, kamu mengetahui bahawa Muhammad sudah wafat. Wahai orang-orang yang menyembah Allah, kamu mengetahui bahawa Allah tidak akan pernah habis dan tidak akan pernah mati!” Setelah itu Abu Bakar r.a telah disytiharkan sebagai pengganti Rasulullah SAW dalam misinya yang disebut sebagai Khalifah dalam bahasa Arab.

Setelah kewafatan Rasulullah SAW, banyak suku Arab telah  melepaskan kesetiaan  mereka terhadap umah. Tentera Islam telah memerangi kota-kota seperti Oman, Yaman, Bahrain dan semua penentang lain yang berada di Semenanjung Tanah Arab agar kembali taat kepada Khalifah. Abu Bakar r.a juga telah menetapkan asas bagi penyebaran Islam yang berterusan serta penaklukan Parsi dan Byzantine.

Khalifah Umar r.a yang merupakan khalifah seterusnya telah berjaya menakluk wilayah-wilayah Byzantine di Palestin, Mesir dan Parsi. Ketika Umar memasuki Jerusalem melalui pintu gerbang yang terbuka dengan memakai jubah khalat biasa, seperti jenis yang dipakai oleh orang kebanyakan, semua penduduk kota itu bersujud di hadapannya.

Khalifah yang membimbing dengan tulus

Inilah erti dan kehebatan  seorang khalifah yang membimbing dengan tulus: hanya Allah SWT sahaja yang memiliki kebesaran, manusia adalah hamba-Nya sementara khalifah adalah dua kali lebih mulia berbanding manusia biasa kerana mereka menginfakkan semua yang dimilikinya kepada umat Islam.

Khalifah Umar r.a telah menukar semua jenis cukai dan menggantikan dengan dua jenis cukai iaitu jizya (cukai kecil) dan kharaj (cukai tanah) bagi pemilik tanah di wilayah-wilayah yang ditaklukinya. Bagi golongan yang baharu memeluk Islam, bantuan kewangan diberi daripada dana umah dan mendapat pelepasan daripada semua jenis cukai selama beberapa tahun.

Selepas itu, cuma satu cukai tambahan sahaja yang  dikenakan selain jizya iaitu zakat yang dikenakan beberapa peratus daripada hasil pendapatan. Tidak dapat dinafikan, sifat terpuji ini telah berjaya menawan rasa belas setiap bangsa dari tanah jajahan yang ditakluknya.

Uthman r.a yang merupakan khalifah ketiga, dan beliau berasal daripada keluarga Umayyah yang kaya dan berkuasa. Konspirasi dan tohmahan terhadapnya telah mengakibatkan pembunuhannya. Khalifah Ali r.a adalah khalifah seterusnya yang berjaya meleraikan perang saudara yang telah dimulakan. Akibatnya, beliau sendiri telah dibunuh.

Muawiya yang berasal daripada keluarga Umayyah telah mengambil alih kuasa dan menjadi khalifah berikutnya. Penaklukannya pada tahun 661 Masehi telah menandakan berakhirnya era Khulafa Al-Rashidin selama 30 tahun setelah kewafatan Rasulullah SAW, dan bermulanya era pemerintahan Khalifah Umayyah.