Sejarah universiti Islam: Universiti Al-Azhar

Timur Tengah Hanita Hassan
Hanita Hassan
Sejarah universiti Islam: Universiti Al-Azhar
Sejarah universiti Islam: Universiti Al-Azhar © Leonid Andronov | Dreamstime.com

Setiap daripada anda pasti memiliki visi yang tersendiri  tentang apa yang terbaik untuk dikaji, masing-masing akan muncul dalam realiti tersendiri dengan visualisasi dan harapan. Namun, dalam kesemuanya itu ada perkara yang dapat menyatukan perbezaan  umat Islam iaitu kepercayaan kepada Allah SWT.

Anda mungkin tertanya-tanya di manakah tempat terbaik untuk memohon pengajian di universiti. Atau di manakah tempat yang paling anda impikan untuk menghantar anak selepas tamat pengajian sekolah.

Kebiasaannya, walaupun tidak semestinya bertujuan melanjutkan pengajian dalam bidang teologi, tetapi anda pasti mahu anak anda mengikuti program yang menerapkan unsur-unsur Islam. Oleh itu, sama ada untuk tujuan penerapan ataupun hanya menimba pengetahuan mengenai budaya, Universiti Al-Azhar di Mesir adalah tempatnya.

Sejarah universiti Islam: Universiti Al-Azhar

Ia adalah salah sebuah universiti purba yang masih beroperasi untuk jangka masa yang panjang, juga merupakan universiti kedua selepas Universiti Fatima al-Fihri di Maghribi. Asalnya ia didirikan sebagai sebuah masjid pada tahun 970 masehi atas perintah Khalifah keempat Dinasti Fatimiyyah.

Namun, peredaran waktu telah menggabungkan beberapa penambahan dan penyesuaian ilmiah oleh para khalifah yang sering menggalakkan para intelektual dan mereka yang mempelajari fikah (hukum Islam) untuk mengadakan pertemuan di masjid.

Selepas daripada itu, masjid mula menampung begitu ramai pelajar dan cendekiawan, sehingga perpustakaan diperlukan untuk belajar secara berkumpulan. Lima tahun kemudian, masjid ini dibuka semula sebagai universiti. Seterusnya, dimulakan pengajian seperti fikah, kaligrafi arab, perundangan, ilmu falak, falsafah dan ilmu logik.

Pada masa itu, sebahagian besar negara yang bersama dengan Empayar Fatimiyah tidak menekankan kepentingan falsafah yang kebanyakkannya bersamaan dengan ajaran sesat.

Walaupun demikian, para Khalifah Fatimiyah menghargai budaya dan pembelajaran. Mereka mengumpulkan pengetahuan yang terbaik di Universiti Al-Azhar daripada para pengkaji ilmu yang telah mengembara dari pelbagai negara.

Terus berfungsi sebagai universiti berprestij di dunia Islam

Pertengahan abad ke-13, Al-Azhar telah dibentuk sebagai pusat pembelajaran agama di bawah Mamluks (1250-1517) dan sejak itu terus melanjutkan keberadaannya. Ia bertahan daripada beberapa kejadian gempa bumi pada abad ke-14 dan abad ke-15. Juga berada di bawah pemerintahan Empayar Uthmaniyyah dan masih berfungsi  sebagai salah sebuah pusat pendidikan paling berprestij di Mesir.

Menjelang akhir abad ke-18, penentangan terhadap Perancis telah  membawa kepada  pemberontakan secara besar-besaran oleh para sheikh dari Universiti al-Azhar. Dan pada tahun 1798 berlaku pula pengeboman ke atas universiti oleh pihak Perancis.

Kira-kira 60 tahun lalu, universiti ini untuk pertama kalinya telah menggabungkan mata pelajaran sekular seperti ekonomi, kejuruteraan, perniagaan, pertanian, perubatan, sains dan farmasi dengan penambahan fakulti wanita Islam. Sehingga tahun 1961, ia tidak dianggap sebagai universiti oleh Ensiklopedia Islam, tetapi sebagai madrasah pada ketika itu.

Sehingga ke hari ini, ia tetap menjadi salah sebuah universiti yang paling terkenal di dunia Islam, dan banyak yang telah ditunjukkan sepanjang sejarahnya yang panjang dan luar biasa. Sekiranya anda berkesempatan ke sini, pasti ia akan menjadi pengalaman menarik mengelilingi kampus institusi pemberi ijazah kedua tertua di dunia.