Pendapat 14-Apr-2020

Sejarah yang disukai ramai adalah senjata berbisa

Ahmad Mahmud
Kolumnis
Buku sejarah popular © Amber Photo | Dreamstime.com

Dengan merebaknya berita palsu, dunia Barat kini semakin sedar akan bahaya tersebarnya sejarah palsu. Seperti yang dilambangkan oleh sengketa antara Poland dan Rusia mengenai Pakatan Molotov-Ribbentrop baru-baru ini, kita melihat negara-negara dan parti-parti politik dituduh memalsukan catatan sejarah.

Dari rahsia China mengenai kejadian di Dataran Tiananmen, kepada khabar-khabar angin anti-Semitik yang dianuti oleh golongan sayap kanan, sejarah palsu banyak dikaitkan dengan kuasa-kuasa tidak liberal yang mendapat keuntungan dengan mengaburkan masa lalu. Namun, semua ini jelas mengabaikan bentuk sejarah pseudo yang merosakkan, yang berakar dalam buku-buku sejarah popular Barat.

Tidak seperti pemerintah-pemerintah kuku besi dan gerakan parti politik pinggiran, buku-buku ini jarang menjajakan fiksyen secara langsung, walaupun ini tidak pernah didengar. Namun, kesannya tetap boleh menimbulkan ancaman. Sebagai menggantikan pemalsuan atau penolakan secara terang-terangan, mereka memilih bulu dan mengetengahkan fakta-fakta yang tidak bernas, dan secara tidak langsung mengabaikan arah aliran balas yang penting dan langsung tidak memeriksa fakta.

Negara-negara bermajoriti Muslim menjadi mangsa utama amalan ini. Sering digambarkan sebagai ‘Orient’, mereka digambarkan sebagai cantik dan eksotik namun biadab dan tidak rasional. Seperti yang ditulis oleh Edward Said, bapa pengasas kajian pasca-kolonial, pada tahun 1980, “Saya belum lagi menemui mana-mana tempoh dalam sejarah Eropah atau Amerika sejak Zaman Pertengahan, di mana Islam pada umumnya dibincangkan atau difikirkan di luar kerangka kerja yang dibentuk oleh rasa ghairah, prasangka dan kepentingan politik.” Umat Islam sering dilucutkan dari semua sifat kemanusiaan mereka yang pelbagai. Sebaliknya, kita disajikan dengan karikatur kasar dan penting dari dunia Islam yang dipersembahkan sedemikian rupa, sehingga menjadikan dunia Islam mudah terdedah dengan pencerobohan ketenteraan.

Pengetahuan palsu terus berleluasa dalam penulisan Barat mengenai Timur Tengah. Ini termasuk buku-buku seperti From Time Immemorial  yang terkenal itu, tulisan mendiang Joan Peters, yang dengan nyata menyeleweng realiti kehidupan Palestin sebelum penubuhan Negara Israel, juga karya-karya anti-revisionis Efraim Karsh yang memberikan gambaran salah mengenai  Islam dan oleh kerana fakta itu, dianggap sebagai kuasa yang merbahaya dan agresif .

Kecenderungan ini membentuk tulang belakang ideologi neo-konservatisme dan pencerobohan Barat. Dilitupi oleh istilah sejarah, buku-buku ini membangkitkan sokongan popular untuk tindakan ketenteraan, mengurangkan rasa hormat terhadap kedaulatan negara-negara Timur Tengah dan menggambarkan warganya sebagai orang yang kurang rasional untuk memerintah sendiri. Mengenai sejarah Palestin, ia juga menyebarkan cerita asas dongeng penaklukan, yang secara tersirat merampas hak penduduk asal dari tanah mereka sendiri.

Ini mewujudkan iklim politik yang sesuai terhadap campur tangan ketenteraan yang dahsyat tanpa mengendahkan prinsip asas undang-undang antarabangsa. Ia juga menggambarkan bahawa Timur Tengah wujud hanya untuk dikuasai, ditunjuk ajar dan dirampas. Secara mudah, sebuah tinjauan tahun 2015 menunjukkan bahawa 30% pengundi utama Republik dan hampir 20% Demokrat akan menyokong pengeboman Agrabah, kerajaan fiksyen dalam filem Aladdin terbitan Disney.

Para sejarawan terkenal Barat bukanlah penafi Holocaust atau ahli-ahli konspirasi teori (walaupun putar belit Peters terhadap Palestinian Nakba mengurangkan hal ini). Namun, mereka tidak perlu menyangkal kekejaman atau mencipta kronologi alternatif untuk menyesatkan kebanyakan orang Barat agar mengambil sikap bangga diri dan suka berbalah dengan Timur Tengah. Mereka mungkin tidak begitu kasar dan suka menipu seperti David Irving, tetapi mereka telah memalsukan ideologi yang mana barisan hadapannya telah menghancurkan berjuta-juta nyawa.

Artikel berkaitan
Agama Ahmad Mahmud 03-Jun-2020 Serentak dalam mencari reda dan dunia
Pendapat
Pendapat 30-Jul-2020
Abi Aasim
Kolumnis

Usahlah disia-siakan usaha dan kerja keras barisan petugas hadapan negara dan rakyat Malaysia yang patuh sebelum ini. Jika terlupa atau kurang pasti, di sini saya ingatkan semula tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ketika meraikan Hari Raya Korban ini.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 23-Jun-2020
Chan Abdullah
Kolumnis

Begitulah sedikit sebanyak pegalaman saya dan keluarga bercuti di Pulau Pangkor. Lega dan seronok melihat anak-anak gembira dapat keluar beriadah dan bercuti setelah lama terperap di rumah. Banyak pengalaman baru yang diperolehi. Benarlah kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pemandangan'.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 15-Jun-2020
Chan Abdullah
Kolumnis

Sebaik sahaja kerajaan mengumumkan sektor pelancongan kembali dibuka, saya dan isteri terus merancang untuk pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Pulau Pangkor terletak di daerah Manjung, Perak. Sebenarnya sebelum itu ingin merancang bercuti di Kuala Terengganu, tetapi memikirkan jarak yang agak jauh dari tempat tinggal serta perlu mengambil cuti yang panjang, akhirnya Pulau Pangkor menjadi pilihan.

Teruskan Teruskan