Sektor pembuatan Sabah tarik pelaburan RM890.7 juta dalam tempoh 9 bulan pertama 2019

Uncategorized Adea Ghafar 18-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Perdagangan dan Industri Sabah mengumumkan pelaburan di sektor pembuatan meningkat lebih 84% kepada RM890.7 juta dalam sembilan bulan pertama 2019, berbanding RM140.9 juta tahun lepas.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan) MITI, Hairil Yahri Yaacob yang mewakili Menteri MITI, Datuk Darell Leiking di Seminar Pelaburan Sabah 2019 menerangkan, setakat Jun 2019, sejumlah 776 projek pembuatan bernilai RM19.9 bilion telah dilaksanakan dalam enam bulan pertama 2019.

Projek-projek termasuk pembuatan makanan dan minuman, tembakau, produk tekstil, kayu serta perabot telah mewujudkan lebih 91,800 peluang pekerjaan.