Selain untuk otak, Omega-3 dalam ikan juga berikan empat manfaat lain

Makanan Sihat 06 Feb 2021 Md Wa'iz
Md Wa'iz
Selain untuk otak, Omega-3 dalam ikan juga berikan empat manfaat lain
Selain untuk otak, Omega-3 dalam ikan juga berikan empat manfaat lain @ unsplash.com/@carolineattwood

Tahukah anda, apakah manfaat sebenar asid lemak Omega-3 yang banyak terkandung dalam ikan? Selain untuk otak, Omega-3 dalam ikan juga berikan empat manfaat lain.

Jika anda tidak pernah mengetahuinya, mari baca apa yang kami sediakan ini.

Maksud asid lemak Omega-3

Asid lemak Omega-3 adalah sejenis lemak yang tidak dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh badan. Namun, ia adalah jenis lemak yang amat diperlukan dan bermanfaat kepada tubuh badan.

Jadi bagaimana untuk mendapatkan Omega-3 yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia ini?

Sumber-sumber Omega-3

Kesemua asid lemak Omega-3 yang diperlukan oleh tubuh badan diambil daripada sumber pemakanan harian kita. Ini kerana, tubuh badan manusia tidak dapat menghasilkannya secara semula jadi.

Antara sumber-sumber utama Omega-3 yang boleh anda makan ialah:

  • Ikan Sardin, Salmon, Tuna dan Tenggiri
  • Telur
  • Strawberi
  • Brokoli

Omega-3 daripada sumber ikan adalah yang paling tinggi. Manakala jumlah omega-3 daripada sumber selain ikan adalah agak sedikit.

Apakah manfaat Omega-3 kepada manusia?

Bagi anda yang benar-benar ingin mengetahi kebaikan Omega-3 kepada tubuh badan manusia, inilah kebaikannya:

Manfaat untuk kesihatan mata

Apabila anda mendapatkan sumber Omega-3 yang mencukupi, maka anda akan kurang berisiko untuk mendapat masalah mata seperti degenerasi makula.

Degenerasi makula boleh menyebabkan kerosakan pada retina mata anda sehingga mengakibatkan kebutaan.

Baik untuk otak bayi

Ibu hamil sangat digalakkan untuk mengambil banyak sumber Omega-3. Ini kerana, kajian telah membuktikan bahawa omega-3 boleh membantu perkembangan otak janin yang dikandungi.

Bukan itu sahaja, bayi dalam kandungan yang mendapat sumber Omega-3 akan menjadi lebih pintar, kurang masalah kelakuan serta kurang berisiko mendapat masalah seperti autisme dan komunikasi.

Kurangkan risiko penyakit jantung

Bagi orang dewasa, Omega-3 juga dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit berkaitan jantung seperti strok dan serangan jantung.

Asid lemak ini juga boleh membantu mengurangkan tekanan darah anda.

Baik untuk kesihatan tulang

Apabila anda semakin berusia, anda lebih mudah terdedah kepada penyakit berkaitan tulang dan sendi. Antara penyakit yang sering menyerang warga emas ialah seperti tulang yang reput dan sakit sendi.

Apabila anda mengambil Omega-3, ia boleh membantu menguatkan struktur tulang melalui peningkatan jumlah kalsium dalam tulang. Selain itu, sakit sendi yang kerap dialami juga akan berkurangan.

Kulit juga jadi lebih cantik

Jangan terkejut jika Omega-3 juga berperanan mencantikkan kulit anda. Omega-3 boleh membantu menyihatkan sel membran kulit anda.

Apabila sel membran ini berada dalam keadaan yang sihat, maka kulit anda akan sukar mengalami kedutan selain lebih lembut dan lembap.

Banyakkan ambil makanan yang kaya Omega-3!

Sebenarnya, tidak banyak nutrien yang dikaji secara menyeluruh dan mempunyai khasiat seperti asid lemak Omega-3. Asid lemak Ia mempunyai banyak manfaat kesihatan yang amat berguna untuk tubuh dan otak anda.

Oleh itu, banyakkanlah mengambil makanan yang kaya dengan Omega-3 selepas ini. Anda juga boleh mendapatkan suplemen minyak ikan yang banyak dijual di farmasi sebagai suplemen omega-3 untuk kebaikan anda.

Jika tidak, cukup sekadar memperbanyakkan makan jenis ikan tertentu seperti ikan sardin dan ikan tenggiri. Selamat mencuba!