Selamat Hari Kopi Wonda Antarabangsa!

Istimewa buat para peminat kopi di luar sana.

Tahukah anda jenama kopi sedia diminum (Ready-To-Drink) popular, Wonda Coffee, meraikan Hari Kopi Wonda Antarabangsa (IWCD) setiap tahun untuk para peminat kopi di Malaysia?

Pada tahun ini, ia kembali untuk sambutan tahun ke-6 berturut-turut dengan dimeriahkan lagi oleh pengenalan rangkaian Kopi Premium Wonda 3 Dalam 1 terbaharu, di samping pelbagai tawaran promosi istimewa kepada pelanggan.

Baru sahaja dilancarkan baru-baru ini, Kopi Premium Wonda 3 Dalam 1 adalah sesuatu yang istimewa kerana ia merupakan rangkaian produk kopi pracampuran pertama Wonda Coffee yang sebelum itu hanya boleh didapati dalam bentuk sedia diminum.

“Di Malaysia, kopi bukan sekadar minuman biasa. Ia bagaikan satu budaya dan trend yang merapatkan kita semua, sama ada untuk dinikmati ketika sesi ‘lepak’ bersama rakan-rakan atau sebagai hidangan untuk ahli keluarga.

“Justeru, untuk sambutan IWCD tahun ini, kami mengajak semua peminat kopi di Malaysia untuk turut sama menyertai sambutan ini dengan merasai produk terbaharu Wonda Coffee dan menikmati pelbagai tawaran eksklusif untuk anda semua,” ujar Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika Sdn. Bhd., Santharuban T. Sundaram.

Kopi Premium Wonda 3 Dalam 1 didatangkan dalam tiga varian perisa yang sentisa menjadi pilihan ramai  iaitu Kopi Tarik, Original dan Mocha.

Dengan rasanya bagaikan kopi premium yang baru dibru dan aromanya seperti berada dalam kafe kopi sebenar, anda boleh memilih sama ada untuk menikmatinya secara panas atau sejuk.

Kemudian, hidangkan bersama dengan juadah kegemaran anda seperti nasi lemak, karipap, donut atau sandwic. Pastinya anda akan menikmati keasyikan rasanya yang enak.

 

Selain daripada rangkaian Kopi Premium Wonda 3 Dalam 1, pelanggan di Semenanjung Malaysia juga berpeluang untuk menikmati pelbagai tawaran menarik bersempena dengan sambutan IWCD tahun ini dengan kerjasama pelbagai jenama rangkaian runcit lain.

Antaranya adalah promosi di 7-Eleven, di mana Wonda Coffee 240ml dijual pada harga RM2 dan sebotol Wonda Coffee PET 340ml dijual pada harga RM2.90.

Turut ditawarkan adalah promosi di Shell, Kedai Mesra Petronas, myNEWS.com, 99 Speedmart, AEON, AEON Big, AEON MaxValu Prime, Billion, Econsave, Giant, Jaya Grocer, Sunshine, Tesco, TF-Value Mart, The Store dan Pacific.

 

Kesema promosi ditawarkan bermula dari 27 Ogos hingga 1 September 2019.

Manakala pelanggan di Sabah dan Sarawak pula berpeluang untuk menikmati promosi-promosi yang ditawarkan di 7-Eleven, Shell, Kedai Mesra Petronas, 99 Speedmart, Bataras, Orange Convenience Store, CKS Hypermarket Sdn Bhd, Golden Dragon City, Boulevard Group, Emart Group, Everwin Group, Farley Group dan New World Group.

Kesemua promosi tersebut ditawarkan bermula dari 27 hingga 31 Ogos 2019.

Selain itu, Wonda Coffee turut menawarkan promosi pada platform digital serta alternatif lain seperti kerjasama dengan Astro Go Shop dan Shopee.

“Setiap tahun, kami sentiasa mencari kaedah-kaedah terbaharu untuk menyambut IWCD bersama para peminat kopi di Malaysia sebagai tanda penghargaan kepada sokongan yang telah mereka berikan sejak kami mula dikenali di negara ini.

“Kami berharap orang ramai gembira untuk menikmati keenakan rasa kopi Wonda Coffee di mana-mana sahaja mereka berada,” jelas Santharuban.

Maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti Wonda Coffee boleh didapati di laman Facebook Wonda Coffee Malaysia.

Foto: LEWIS Kuala Lumpur