Selangor sasar pelaburan RM10 bilion tahun ini

Adea Ghafar 24-Jan-2020
Ekspo 2020 Dubai
Selangor akan menyertai Ekspo 2020 Dubai © Hel080808 | Dreamstime.com

Jumlah sebanyak RM12 bilion di tahun 2020 adalah matlamat pelaburan negeri Selangor berbanding RM10 bilion pada tahun lepas. Datuk Teng Chang Khim, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) negeri Selangor mengumumkan sasaran itu selepas hadir di majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara syarikat  Invest Selangor Berhad dan Malaysia Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) yang sekaligus mendaftarkan Selangor dalam Ekspo 2020 Dubai bermula Oktober hingga April 2021.

Berdasarkan ramalan suasana pelaburan di seluruh dunia, sasaran RM12 bilion itu adalah wajar dan praktikal apabila melihat pencapaian tahun lepas, yang mana matlamatnya adalah RM10 bilion tetapi perolehan sebenar adalah RM16.4 bilion. Penyumbang utama kepada sasaran pelaburan tahun ini adalah dari sektor elektronik dan perkilangan pembuatan berkaitan logam. Pelaburan negeri Selangor ke Timur Tengah akan menumpukan kepada mengembangkan sektor perkhidmatan, industri halal dan logistik yang menyumbang sebanyak 60% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Selangor.

Industri halal akan memberikan peluang kepada negeri Selangor untuk membangunkan perkhidmatan dan pengetahuan dalam sektor Halal ke Timur Tengah. Satu program khas sedang dirancang bagi memperkenalkan Selangor dengan harapan mendapat penerimaan yang baik, khususnya dalam kalangan negara-negara Islam di Timur Tengah. Berikutan pasaran halal di Timur Tengah yang sangat meluas dan berpotensi, adalah diharapkan semoga perancangan untuk membangunkan program berkaitan perkhidmatan dan produk halal bagi pasaran di negara-negara Islam ini akan berjaya memberi kesan yang bermakna dan berfaedah kepada ekonomi negeri Selangor keseluruhannya.