Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Selebriti Malaysia Menyerlah Di Minggu Fesyen New York

Stail Helmi Anuar 12-Sep-2019

Ketika ini sedang berlangsung Minggu Fesyen New York 2019 di Amerika Syarikat. Minggu fesyen yang ditunggu-tunggu saban tahun ini telah dihadiri oleh ramai pencinta fesyen serta serta selebriti dari seluruh pelusuk dunia.

Tidak terkecuali para selebriti terkenal dari Malaysia. Antara yang selebriti tempatan yang mencuri tumpuan di Minggu Fesyen New York adalah Nur Fazura, Noor Neelofa, Scha Al Yahya, Joe Flizzow dan Farah Nabilah.

Nur Fazura diterbangkan ke New York untuk menghadiri acara fesyen serta pertunjukan fesyen jenama Coach. Turut serta bersamanya adalah penyanyi hip hop popular Joe Flizzow. Malah kedua-dua mereka sempat merakam gambar bersama editor majalah Vogue iaitu Anna Wintour.

 

Bekas Dewi Remaja iaitu Noor Neelofa dan Scha Al Yahya pula diundang ke pertunjukan fesyen Michael Kors dan Tory Burch. Neelofa juga turut diundang ke pertunjukan fesyen Tommy Hilfiger dan sempat bertemu dengan model terkenal Halima Aden ketika menyaksikan pertunjukan fesyen Tory Burch.

 

Pelakon baru Farah Nabilah turut diterbangkan ke New York oleh Maybelline untuk menyaksikan beberapa pertunjukan fesyen di sini seperti Cong Tri, Jason Wu dan sempat merakam gambar bersama supermodel Gigi Hadid dan Adriana Lima.

 

Foto : Instagram