Selendang Khas Edisi Terhad Baskin-Robbins, Tom Abang Saufi

Perhatian untuk semua penggemar ais krim!

Rantaian jenama ais krim terbesar di dunia, Baskin-Robbins mengumumkan kolaborasi dengan jenama pereka tempatan terkenal, Datuk Tom Abang Saufi (TAS) untuk mengeluarkan selendang khas edisi terhad Baskin-Robbins.

Dinamakan Bungkus of Happiness, tiga jenis selendang rekaan khas yang dikeluarkan bersempena dengan musim perayaan itu menggabungkan unsur-unsur moden Baskin-Robbins dengan rekaan tradisional Melayu.

Ia mengetengahkan dua elemen – ‘bungkus’, iaitu selendang yang direka khas oleh Tom Abang Saufi dan ‘kebahagiaan’ (happiness) , iaitu ais krim Baskin-Robbins yang lazat, penuh dengan nikmat kemanisan dan kepuasan dalam setiap suapan.

Kini anda boleh ‘bungkus’ ais krim Baskin-Robbins kegemaran anda dengan selendang kualiti premium TAS!

Terkenal dengan usaha-usaha beliau dalam mempromosikan budaya batik yang berwarna-warni,  Tom Abang Saufi mengetengahkan warna-warna cerah untuk menampilkan pertembungan fesyen moden dengan budaya tradisional, sekali gus  menambahkan elemen kreatif ke dalam semua rekaan selendang khas ini.

Antara tiga selendang yang direka untuk Baskin-Robbins adalah selendang Ketupat, selendang Ais Krim dan selendang Wafel.

Ketupat ialah makanan tradisional Melayu dan juadah Hari Raya Aidilfitri yang amat popular. Justeru, Tom Abang Saufi menggunakan pelbagai warna untuk menggambarkan tenunan daun sawit.

Bagi selendang Wafel pula, warna-warna popular Baskin-Robbins digunakan untuk menonjolkan unsur-unsur dalam selendang tersebut.

Manakala selendang Ais Krim pula direka dengan motif ais krim yang kelihatan manis.

Kesemua selendang diperbuat daripada kain campuran sutera berkualiti tinggi dan amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah.

Ia juga boleh digunakan dalam pelbagai cara, termasuklah dipakai sebagai tudung atau koleksi batik.

Bungkus of Happiness terdiri daripada 10 Junior Scoop (RM115), 8 Regular Scoop (RM125) atau 4 Pints (RM145) ais krim pilihan anda bersama dengan selendang Baskin-Robbins X TAS edisi terhad. Harga-harga ini hanya tertakluk kepada cawangan standard sahaja.

Promosi ini bermula dari 3 Jun hingga 31 Julai 2019 (sementara stok masih ada).

Bungkus of Happiness boleh didapatkan di kesemua cawangan Baskin-Robbins di Malaysia termasuk Baskin-Robbins Premium Outlets, Premium Outlet Johor (JPO), Genting Premium Outlet (GPO), semua cawangan di KLIA, Genting, Sabah dan Sarawak.

Pelanggan juga boleh membuat pembelian melalui Lazada.

Jangan ketinggalan peluang ini untuk membawa pulang kebahagiaan anda!

Foto: Baskin-Robbins