‘Semoga Allah terima umrah kami’ – Raja Permaisuri Agong dan anakanda di Tanah Suci

Uncategorized Adea Ghafar 30-Dis-2019
Mekah, Arab Saudi
© Zulkifli Mustafa | Dreamstime.com

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Raja Permaisuri Agong kini berada di tanah suci Makkah bersama anakandanya bagi menunaikan ibadah umrah. Baginda dan anakandanya telah berkongsi pengalaman itu di laman sosial Twitter untuk tatapan umum.

Raja Permaisuri Agong telah berkongsi tiga kicauan mengenai keberangkatannya ke Tanah Suci dalam tulisan jawi yang memohon rakyat mendoakan keselamatan baginda sekeluarga sepanjang berada di Tanah Suci.

Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah, puteri keempat baginda, telah berkongsi satu kicauan yang ditulis “May Allah accept our umrah.”

Rakyat Malaysia telah memberi ribuan ulang kicau dan mendoakan baginda sekeluarga agar dilindungi Allah S.W.T serta mendapat umrah yang mabrur.