Seni bina inspirasi Timur Tengah

Uncategorized Syed Safri 11-Dis-2019

KOTA BHARU: Masjid Ar-Rahman yang terletak di sebuah perkampungan nelayan di Pulau Gajah, Sabak di sini merupakan sebuah masjid indah yang memiliki seni bina cukup unik berinspirasikan senibina masjid di Maghribi, Turki, Yaman dan Indonesia dengan ukiran khat menggunakan kepakaran pekerja Indonesia.

Hassan Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Masjid berkata, masjid berharga RM6 juta dan dibina pada tahun 2016 itu adalah hasil sumbangan seorang ahli perniagaan dan isterinya yang turut menyumbangkan idea senibina unik tersebut.

Masjid yang seolah-olah berada di sebuah pulau kecil yang dikelilingi sungai kini telah tular di media sosial dan menjadi tumpuan orang ramai dari dalam dan luar negara.