Seni mencapai cita-cita dan menyebarkannya

dreamstime_s_134572451
Seni mencapai cita-cita © Dan Grytsku | Dreamstime.com

(Terjemahan SalamWebToday bahasa Arab)

Cita-cita adalah satu motivasi pertama yang menyebabkan kita menghasilkan dan menyelesaikan pekerjaan kita. Kerana ia dapat memberi kita kegembiraan dan semangat yang mendorong kita daripada menghadapi kesulitan di alam pekerjaan. Bagaimana seseorang itu boleh hidup tanpa cita-cita? Atau bagaimana dia dapat menghabiskan berjam-jam dan hari-harinya ketika dia tidak mempunyai cita-cita, untuk memantapkan dirinya dan mendorongnya menjadi lebih baik?

Sebenarnya, mempunyai cita-cita merupakan kesenian yang halus yang tidak dapat dikuasai oleh semua orang. Ia merupakan perkara yang sukar yang memerlukan kepada kerja yang hebat dan bakat yang banyak. Walaupun ianya tidak sukar dan mustahil, kerana seseorang berasa gembira dengan bakat yang positif dan hubungan sosial yang lebih berkesan.

Sekiranya kita melihat di sekitar kita, kita dapati ramai orang yang hatinya dikuasai dengan perasaan putus asa, sedih dan berdukacita yang mengelilingi mereka. Mereka merasakan kesengsaraan yang jelas. Setiap yang berlaku, mereka akan cuba hadapi daripada semua situasi dan berita agar mereka mudah berhadapan dengan masyarakat sedangkan jiwa dipenuhi dengan putus asa dan kecewa.

Manusia akan mengejek orang yang hatinya penuh dengan cita-cita sedangkan jiwanya diselubungi dengan kekecewaan. Mereka masih lagi berdebat untuk menentukan pandangan mereka berdepan dengan semua peristiwa. Sepatutnya kita perlulah berhati-hati untuk menangani perasaan negatif yang mengelilingi.

Orang yang kalah tidak akan mencapai apa-apa kecuali putus asa dan yang lebih teruk ialah perasaan ini mengatasi perasaan positif. Bagi orang yang hidup dengan cita-cita, dia melihat sesuatu yang negatif disekitarnya dan melihat di dalamnya ada agen perubah yang diperlukan untuk menjadi positif.

Dia menyedari dengan pandangan optimisnya bahawa setiap perkara tidak semuanya negatif dan pesimisme itu tidak betul, kehidupan mesti diteruskan walau apa pun berlaku, tetapi kita mestilah belajar dari negatif dan mengubahnya menjadi positif.

Tanamkanlah cita-cita dalam jiwa dan menguasai kaedah menyebarkan cita-cita. Hidup tidak akan subur tanpa cita-cita. Secara umumnya, jika anda menghabiskan seluruh hidup anda dengan kesedihan dan putus asa, ia tidak akan sampai kepada anda dengan apa-apa kecuali untuk memecahkan diri anda dan jatuh ke titik sifar, jangan tinggalkannya.

Tetapi jika anda berjalan dengan mempunyai cita-cita, anda akan melihat kecantikan dan kehidupan hijau dan subur. Anda akan mendapat apa yang diinginkan atau paling tidak anda mendapat kebahagiaan di dada anda dan anda mendapat kesenangan pada mereka yang mengelilingi anda, kerana cita-cita dan kebahagian sudah tersebar kepada mereka.

Peranan setiap orang yang sebenar-benarnya ialah menyebarkan cita-cita dan menanamkannya dalam jiwa. Tidak diragukan lagi, bahawa individu yang paling berpengaruh selalu menyebarkan semangat cita-cita pada orang di sekitarnya. Membakarkan jiwa masyarakat dengan menjauhkan diri daripada putus asa. Mereka di kalangan orang yang berpengaruh dan cerdik.

Beberapa pandangan menunjukkan tersebarnya cita-cita dalam diri ialah detik yang paling sukar dihadapi oleh manusia. Sama ada pada waktu-waktu konflik atau peperangan. Kerana ketika itu, kita perlukan hati yang tekad dan jiwa yang tenang bagi mencapai kegembiraan dan kemenangan sedangkan tanah air dihancurkan.

Sebenarnya, menyebarkan cita-cita adalah pintu menuju kejayaan, ibarat melintasi stesen kepayahan bagi seseorang individu, masyarakat dan negara. Bersikap optimis adalah jalan reformasi menuju kemajuan. Cita-cita adalah cahaya yang menerangi manusia, dengan cahaya dapat membimbing manusia ketika mereka berjalan dalam kegelapan, sehingga mereka mencapai matlamat.

Cita-cita yang tinggi dapat mendorong manusia untuk bekerja, mencapai dan mempromosikan tanpa menunggu keadaan yang sesuai. Menyebarkan cita-cita memerlukan kemahiran bercakap yang dapat menyampaikan perasaan baik kepada manusia. Iaitu memindahkan perasaan putus asa kepada optimisme dan senyuman pada hari esok yang lebih baik.

Tidak syak lagi, bahawa harapan kepada Allah Yang Maha Kuasa adalah asas pertama yang harus kita percayai. Kemudian, kita memfokuskan kepada cita-cita sebagai satu bakat manusia yang pintar membuatkan perkara mustahil terjadi.

Kita telah melihat bagaimana cita-cita telah mengubah begitu banyak orang menjadi bakat yang sangat besar, sehingga mereka menjadi cemerlang dan mencapai kejayaan. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menyebarkan cita-cita, menguasai dan mengoptimumkannya untuk menjadikan kehidupan bahagia, dan mencapai apa yang kita mahukan.