Buletin SalamWebToday
Daftar untuk mendapatkan artikel SalamWeb Today setiap minggu!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Seni Origami berfaedah kepada otak kanak-kanak, salah satunya kreativiti

Anak-anak 12 Jan 2021
Md Wa'iz
Seni Origami berfaedah kepada otak kanak-kanak, salah satunya kreativiti
Seni Origami berfaedah kepada otak kanak-kanak, salah satunya kreativiti © Darya Kolpakova | Dreamstime.com

Origami merupakan sejenis seni lipatan kertas yang berasal dari Negara Jepun. Apa yang perlu anda tahu, seni ini bukan hanya permainan lipatan kertas. Ia sebenarnya memberikan beberapa faedah terhadap otak kanak-kanak yang membuat origami tersebut.

Apakah faedahnya terhadap kanak-kanak?

Meningkatkan kemahiran motor halus dalam otak

Meskipun hanya sekadar kaedah lipatan kertas, ia sebenarnya memberikan faedah kepada perkembangan otak anak anda. Apabila anak anda membuat Origami, kedua-dua tangan dan otak mereka akan bergerak seiringan.

Bahagian tangan anda, khususnya jari mereka banyak terlibat ketika membuat origami. Kebolehan untuk menggerakkan jari jemari bagi menghasilkan sesuatu yang terperinci sangat bagus untuk perkembangan otak anak anda.

Apabila jari jemari mereka digerakkan untuk membuat origami, ia akan menghantar isyarat kepada otak.

Meningkatkan tumpuan kanak-kanak

Pembuatan Origami memerlukan pemerhatian dan tumpuan yang kuat kerana origami adalah sesuatu yang agak kompleks. Apabila anak anda membuat origami, ia akan membantu meningkatkan penumpuan mereka.

Penghasilan origami juga boleh memberikan faedah terhadap kesedaran anak anda (spatial awareness).

Membantu memupuk kemahiran menyelesaikan masalah

Apabila anak anda membuat Origami, mereka sebenarnya sedang berlatih untuk menyelesaikan satu masalah yang hanya mempunyai satu jawapan. Jika mereka tidak mendapat lipatan yang betul, maka hasil origami tersebut tidak akan terbentuk.

Oleh itu, mereka akan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk melipat kertas origami tersebut sehingga betul.

Konsep ‘trial and error’ akan wujud ketika anak anda membuat origami. Ini akan memupuk semangat anak anda untuk terus mencuba dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Membantu anak anda dalam konsep Geometri

Berdasarkan kajian, seni Origami telah terbukti boleh menguatkan kefahaman kanak-kanak terhadap konsep Geometri. Contohnya mengenai panjang, lebar, tinggi dan bentuk origami tersebut.

Selain itu, kita juga boleh menggunakan origami untuk mengajarkan mereka bagaimana untuk menentukan keluasan sesuatu permukaan atau bentuk. Ini sekaligus menjadikan matematik dan geometri sebagai satu pelajaran yang menyeronokkan.

Origami bantu rangsang imaginasi, kreativiti kanak-kanak

Origami juga boleh membantu merangsang kreativiti dan imaginasi kanak-kanak agar ia lebih berkembang. Apabila mereka mencari jalan untuk mendapatkan hasil origami, dalam masa yang sama juga mereka sedang menggunakan imaginasi mereka secara optimum.

Mereka juga akan menjadi lebih kreatif melalui penggunaan kertas origami untuk membentuk objek lain.

Origami boleh dikatakan sebagai satu hobi atau seni permainan yang sangat mudah dan murah. Namun, faedah yang diberikannya terhadap otak kanak-kanak sangatlah banyak.

Selepas ini, cuba berikan sehelai kertas kepada anak anda, dan ajarkan mereka lipatan origami ringkas untuk membentuk sesuatu objek. Anak anda pasti seronok untuk mempelajarinya.