Sentimen pasaran kewangan antarabangsa bercampur-campur pada November – BNM

Uncategorized Hafiz Firdaus 01-Jan-2020
© Tktktk | Dreamstime.com

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bagi November 2019, sentimen pasaran kewangan antarabangsa yang bercampur-campur adalah didorong oleh perkembangan semasa dalam rundingan perdagangan antarabangsa dengan pengambilan risiko oleh pelabur bersesuaian perkembangan positif rundingan dagang Amerika Syarikat (AS)-China. Namun, sentimen berubah menjadi berhati-hati akibat kelulusan perundangan AS yang menyokong gerakan pro-demokrasi Hong Kong.

Menurut BNM dalam Sorotan Bulanan – November, Ringgit menambah nilai 0.1% berbanding dolar US, dan aliran masuk ini menyebabkan kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia 10 tahun merosot 1.2 mata asas.

FTSE Bursa Malaysia KLCI turut merosot 2.3% sejajar dengan pasaran ekuiti serantau.