Senyum Itu Sedekah, Kenapa Tak Diamalkan?

Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa senyum itu merupakan salah satu sedekah. Tetapi di zaman teknologi yang serba canggih ini, kadang-kadang kita terlupa untuk senyum kerana asyik leka bermain dengan gajet di tangan kita.

Pernahkah kita terfikir hanya dengan mengukir satu senyuman, ia mampu memberikan ketenangan serta kebahagiaan bukan sahaja untuk diri kita, tetapi juga orang lain selain dapat menyalurkan aura yang positif.

Dalam Islam sendiri terdapat beberapa dalil tentang senyum.

 

Senyum adalah sedekah

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

«تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ»

“Senyummu di depan saudaramu, adalah sedekah bagimu” (Sahih, H.R. Tirmidzi no. 1956)

 

Senyum adalah kebajikan

Rasulullah pernah bersabda, diriwayatkan dalam Hadits Riwayat Muslim, yang berbunyi:

«لَا تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا، وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ»

“Janganlah engkau meremehkan kebaikan sedikitpun, meskipun hanya dengan bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri”. (H.R. Muslim no 2626)

 

Rasulullah tersenyum kepada para sahabat

Kemudian apabila kita sering tersenyum, boleh jadi kita sedang menjalankan salah satu Sunnah Rasul. Kerana Rasulullah SAW suka sekali tersenyum. Sebagaimana Jarir bin Abdillah menceritakan:

مَا رَآنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُنْذُ أَسلَمْتُ إِلَّا تَبَّسَم فِي وَجْهِي

“Rasulullah tidak pernah melihatku sejak aku masuk Islam, kecuali beliau tersenyum”. (Sahih, H.R. Bukhari no. 250)

 

Menjadi saranan berbuat baik kepada manusia

Rasulullah SAW bersabda;

“Kamu tidak akan mampu berbuat baik kepada semua manusia dengan hartamu, maka hendaknya kebaikanmu sampai kepada mereka dengan keceriaan (pada) wajahmu.” (H.R. al-Hakim (1/212)

 

Membuat orang lain bahagia

Dengan tersenyum, kita secara tidak sedar memberikan tenaga positif kepada orang yang menerima senyuman kita. Sebagaimana yang dipaparkan dalam kitab Tuhfatul Ahwadzi yang berbunyi:

Menampakkan wajah manis di hadapan seorang muslim akan menyebabkan hatinya merasa senang dan bahagia, dan melakukan perbuatan yang menyebabkan bahagianya hati seorang muslim adalah suatu kebaikan dan keutamaan. 

Jelas sekali ada terlampau banyak kebaikan yang kita akan perolehi hanya dengan mengukir sebuah senyuman di wajah. Jika kita boleh tersenyum saat berswafoto, apa kata mulai hari ini kita perbanyakkan senyuman dalam kehidupan seharian kita. Senyum-senyum selalu.

 

  • Sumber : www.dalamislam.com
  • Foto : Mohamed EL Kordy