Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Sepatu ‘Mules’ Terbaru Dari Rico Rinaldi

Stail Helmi Anuar 19-Sep-2019
kasut rico rinaldi pereka feseyen

Pereka fesyen, Rico Rinaldi telah melancarkan koleksi sepatu terbarunya.

Koleksi yang diberi nama Laara ini hadir dalam bentuk ‘mules’ dimana rekaannya terbuka atau terdedah di bahagian tumit.

 

Hadir dalam empat warna tanah, sepatu ini diperbuat daripada material PU sintetik yang pastinya akan memberikan keselesaan kepada si pemakai.

 

Rekaan ropol di bahagian atas adalah ‘statement’ kepada rekaan sepatu ini kerana selain memberikan ilusi feminin, ia juga kelihatan sungguh ‘fashionable’.

Bagi anda yang ingin mendapatkan sepatu ini, anda boleh beli di laman sesawang Physicon Malaysia dengan harga RM129 setiap pasang.