Serum Wajah Untuk Kulit Lebih Mulus, Berseri dan Awet Muda

Beautiful young woman applying serum moisturizer on under eye area. Beauty shot. Close-up. Direction arrows. Isolated over white background.

Rutin penjagaan wajah yang tidak boleh ditinggalkan adalah membersih, menyegar dan melembap. Jika tiga asas utama penjagaan wajah ini diabaikan, kulit muka akan mudah kusam dan tidak bermaya.

Paling menakutkan, anda akan nampak lebih berusia dari usia sebenar. Tetapi tahukah anda pemakaian serum juga sangat penting untuk mendapatkan kulit wajah mulus, berseri dan muda remaja?

Serum dianggap penting kerana mempunyai pelbagai fungsi. Ia berasaskan air dan tidak mengandungi sebarang minyak atau bahan pelembap seperti petroleum yang menjadikannya lebih likat.

Dalam satu laporan www.hmetro.com.my, Pakar Estetik, Dr Abrizah Ousman menjelaskan serum mengandungi bahan aktif untuk merawat kulit yang lebih tinggi kepekatannya berbanding krim dan losen.

Hanya beberapa titik serum (tiga hingga lima titik) sudah cukup memberikan kesan terbaik kepada kulit kerana kepekatan bahan aktif di dalamnya yang tinggi. Oleh itu, serum kebiasaannya lebih mahal daripada losen dan krim.

Memang benar, mencuci wajah dengan betul pada setiap hari boleh menyingkirkan kekotoran pada wajah.

Malah, ia juga boleh mengembalikan kesegarannya. Namun, tahukah anda amalan mencuci wajah juga boleh membuatkan kulit wajah hilang kelembapan semulajadinya?

Lebih-lebih lagi jika anda tersilap memilih pembersih muka yang kurang sesuai dengan kulit. Jadi, sebab itulah anda memerlukan serum wajah untuk mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit wajah.

Pemakaian serum wajah secara rutin boleh mempercepatkan proses regenerasi agar kulit tetap lembab berseri. Serum mempunyai daya kerja lebih kuat kerana testur bahannya lebih cepat meresap dan membantu meningkatkan produksi kolagen pada kulit wajah.

Jadi jika anda masih belum pernah menggunakan serum, mungkin sudah sampai masanya untuk mencuba dan lihat sendiri keberkesanannya.

Sebagai cadangan, anda boleh dapatkan Nafura Alpine Snow White Serum yang diformulasi dengan bahan-bahan semulajadi, bebas paraben, bebas alkohol, tiada pewarna tiruan dan tiada minyak mineral.

Produk yang dihasilkan oleh Nafura Global Sdn Bhd ini adalah hasil kerjasama dengan saintis dari Korea dan ia diformulasi sesuai untuk wanita moden kini.

Pengasas Nafura, Lina Ahmad , memberitahu pihaknya telah mengambil masa tujuh tahun untuk menghimpun maklumbalas pengguna setia, membangunkan kesedaran mengenai kepentingan bahan-bahan pada kulit wajah serta memahami pasaran kecantikan sebelum menghasilkan Nafura Alpine Snow White Serum.

“Penyelidikan mendalam telah dibuat bagi menghasilkan produk ini. Bahan utamanya adalah ekstrak tujuh tumbuhan yang diperolehi dari daerah Valais di pergunungan Swiss. Ia mempunyai bahan pelembapan yang dapat membantu memberi wajah lebih cerah dan berseri,” tambah Lina.

Nafura Alpine Snow White Serum, dijual pada harga RM88 (35ml) dan ia sesuai untuk semua jenis kulit.

Berikut adalah cara menggunakan serum wajah dengan betul:

1) Bersihkan wajah dengan betul dan selepas menggunakan toner, baru sapukan serum pada wajah. Gunakan serum yang secukupnya. Kemudian tepuk-tepuk dengan perlahan menggunakan jari-jari tangan.

2) Jika anda memiliki kulit sensitif, setelah membersihkan wajah tunggu antara 10-15 minit sebelum memakai.

3) Ingat, serum perlu dipakai terlebih dahulu sebelum memakai pelembab wajah.

4) Sebaik-baiknya, serum wajah perlu dipakai sebanyak dua kali sehari. Jika tidak, memadai dengan sekali penggunaan iaitu pada sebelah pagi atau malam.

Kredit foto : 123rf / Nafurra Global Sdn Bhd