Set Hidangan Berharga RM10 Di Hotel Lima Bintang

Jika anda ingin menikmati set makanan di hotel-hotel bertaraf lima bintang dengan harapan untuk membayar harga serendah RM10 bagi satu hidangan, pasti ia kedengaran seperti tidak masuk akal, bukan?

Apatah lagi jika hotel itu merupakan sebuah hotel berjenama antarabangsa terkemuka yang terletak di kawasan strategik dan tumpuan ramai di Lembah Klang.

Namun, jangan terkejut kerana Hotel Dorsett Grand Subang yang menyambut ulang tahunnya ke-10 di Malaysia pada bulan Oktober ini kini sedang menawarkan promosi RM10 Deal bagi beberapa makanan dan minuman di restoran-restoran signaturnya.

Bukan sekadar hidangan berharga RM10 bersih, malahan tetamu hotel turut berpeluang untuk memesan makanan yang boleh dibungkus (takeaway).

Berikut merupakan menu-menu yang ditawarkan oleh restoran-restoran signatur Dorsett Grand Subang di bawah promosi RM10 Deal.

 

Aroma Café

Takeaway Briyani Gam (dengan pilihan ikan atau ayam)

Menu briyani gam dari Batu Pahat, Johor ini adalah resipi ciptaan sendiri oleh Cef Sous, Cef Shabani Md. Akhir. Hidangan menyelerakan yang lengkap dengan telur pindang dan acar timun ini ditawarkan pada harga hanya RM10 bersih untuk dibungkus dan dibawa pulang.

Waktu tawaran: Isnin-Jumaat. 11 pagi-2.30 petang

Lunch2Go

Dorsett Grand Subang Specialty of Traditional Nasi Lemak with Deep Fried Chicken

Menu ini turut boleh dibeli untuk tujuan penghantaran ke pejabat, namun dengan bilangan tempahan minima sebanyak 50 bungkus. Jika tidak, anda boleh sahaja membelinya untuk diri sendiri. Jika anda mahu membuat kebajikan pada hari Jumaat, tempah sahaja menu ini untuk dihantar ke mana-mana rumah kebajikan. Anda tidak perlu risau kerana penghantaran akan diuruskan oleh pihak hotel.

Waktu tawaran: Setiap Jumaat. 11 pagi-2 petang.

 

Terazza Brasserie

Pilihan hidangan makan malam: Mee Mamak, Kuey Teow Goreng atau Burger Daging dengan Kentang termasuk segelas jus segar.

Waktu tawaran: Ahad-Selasa. 7 malam-9 malam

 

Piano Lounge

Nikmati mana-mana pilihan kek pada hari tersebut beserta segelas Teh Tarik untuk mengisi rasa manis tekak anda.

Waktu tawaran: Isnin-Jumaat. 9 pagi-3 petang

Emperor Chinese Restaurant

Dessert Of The Day

Bagi tetamu yang menikmati hidangan di Emperor Chinese Restaurant, anda boleh memesan pencuci mulut untuk tawaran promosi ini. Promosi ini adalah sah dipesan dengan mana-mana hidangan utama.

 

Room Service

Bagi yang menginap di Grand Dorsett Subang, anda boleh mendapatkan potongan harga 10% bagi makanan yang dipesan menggunakan Room Service Menu.

Kesemua promosi ini ditawarkan untuk sepanjang bulan Oktober 2019.

Untuk tempahan atau pertanyaan, anda boleh menghubungi:

Talian: 03- 5031 6060

Email: [email protected]

Laman web: www.dorsetthotels.com/dorsett-grand-subang

Foto: Dorsett Grand Subang dan Nor Syariza

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

Namun, jangan terkejut kerana Hotel Dorsett Grand Subang yang menyambut ulang tahunnya ke-10 di Malaysia pada bulan Oktober ini kini sedang menawarkan promosi RM10 Deal bagi beberapa makanan dan minuman di restoran-restoran signaturnya.