Sharnaaz Ahmad Ajak Netizen Solat Hajat Untuk Jebat

Pelakon popular Sharnaaz Ahmad akan menganjurkan solat hajat buat anaknya Jebat Jayden Ahmad yang kini sedang dalam rawatan akibat dijangkiti kuman dalam saluran kencing.

Sharnaaz memuatnaik status terbaru di akaun Instagramnya meminta supaya sesiapa sahaja yang berkesempatan untuk hadir ke Masjid Asy-Syakirin KLCC pada malam ini untuk melakukan solat hajat selepas selesai solat Terawih.

 

Jebat  menghidapi jangkitan saluran kencing (UTI), sebuah  jangkitan di mana-mana bahagian sistem kencing anda termasuklah buah pinggang, pundi kencing dan uretra anda.

Kata Sharnaaz lagi dalam kapsyen yang ditulis, walaupun anak kesayangannya itu telah selesai menjalani pembedahan, namun dia belum sembuh dengan baik .

Ramai netizen yang mendoakan kesihatan Jebat dan berharap supaya Jebat segera diberikan kesembuhan dan sihat serta ceria seperti biasa.

SalamToday turut ingin memanjatkan doa kepada Allah S.W.T supaya memberikan kesihatan serta kesembuhan buat Jebat agar kembali sihat seperti kanak-kanak yang lain. Kepada yang berada di kawasan berhampiran, apa kata anda singgah sebentar untuk sama-sama menunaikan solat hajat buat Jebat. Semoga doa kita semua diperkenankan oleh Yang Maha Esa.

 

Sumber : Instagram Sharnaaz Ahmad