Buletin SalamWebToday
Sign up to get weekly SalamWebToday articles!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Siapa Abu Tufail Ubay bin Ka’ab r.a?

Sejarah 30 Jan 2021
Terkini oleh Abi Aasim
Siapa Abu Tufail Ubay bin Ka'ab r.a?
Siapa Abu Tufail Ubay bin Ka'ab r.a? © Lauri Dammert | Dreamstime.com

Abu Tufail Ubay bin Ka’ab r.a (Ubay bin Ka’ab) digelar sebagai Saiyyid al Qurra’ iaitu pemimpin para pembaca Al-Quran. Beliau juga merupakan antara sahabat Nabi Muhammad SAW yang terawal memeluk agama Islam.

Siapa Abu Tufail Ubay bin Ka’ab r.a?

Abu Tufail Ubay r.a telah dibesarkan di Madinah. Kebanyakan masa hidupnya digunakan untuk bertadabbur dan berinteraksi dengan alam. Beliau cenderung hidup seorang diri dan menjauhkan diri daripada orang kerana minatnya dalam mempelajari dan mendalami ilmu.

Pada waktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, beliaulah yang menggantikan Baginda sebagai imam untuk solat. Kerana ilmunya yang mendalam, Baginda melantiknya untuk menguruskan para duta yang ditugaskan untuk mengajar al-Quran di serata tempat.

Ubay r.a juga terkenal sebagai seorang yang hebat berpidato. Ada riwayat yang mengatakan apabila beliau berpidato, semua yang mendengar akan mendongakkan muka ke arah beliau kerana terpesona dengan apa yang disampaikannya.

Abu Tufail Ubay r.a juga antara orang yang lantang menegur umat Islam yang mula menyelewang dan mengampu pemimpin ketika Wilayah Islam sudah semakin berkembang pesat. Kerana ketaqwaannya, beliau selalu menangis setiap kali teringat Allah Taala dan hari Akhirat.

Ubay r.a juga antara sahabat yang rapat dengan Nabi Muhammad SAW dan telah meriwayatkan sebanyak 164 buah hadis daripada Baginda. Beliau juga turut digelar sebagai Abu Munzir oleh Rasulullah yang membawa maksud, Bapa Pemberi Peringatan.

Ditimpa  penyakit, menghapus dosa

Dalam riwayat hidupnya seperti yang terdapat dalam al-Isabah, beliau pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang penyakit yang menimpa seseorang. Baginda telah bersabda yang bermaksud;”Ia adalah kafarah (penghapusan) terhadap dosa seseorang itu”.

Mendengar sahaja penjelasan Baginda, Abu Tufail Ubay r.a telah memohon kepada Allah SWT agar beliau ditimpakan sesuatu penyakit yang akan menghapuskan dosa-dosanya. Beliau telah ditimpa demam yang berpanjangan sepanjang hidupnya sehinggalah beliau kembali menemui Allah.

Menurut riwayat, badannya sentiasa panas seperti demam kerana doanya untuk dihapuskan dosa-dosanya. Melalui kisah sahabat Rasulullah SAW ini dapatlah kita mengambil pengajaran seperti sentiasa bersyukur dan bersabar apabila diuji dengan ujian kesakitan ataupun diserang penyakit.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang membawa maksud;”Janganlah kamu mencela demam kerana demam itu akan menghapuskan dosa-dosa sepertimana api menghilangkan kotoran-kotoran pada besi”.

Ujian Allah Taala adalah untuk kebaikan agar terhapus dosa-dosa yang telah kita lakukan.