Siapa bakal ganti Kim Swee?

Uncategorized Adea Ghafar 15-Dis-2019

KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22), Datuk Ong Kim Swee akan menamatkan kontraknya hujung tahun ini dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menetapkan tiga kemungkinan untuk menggantikan tempat Kim Swee. Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam telah mengumumkannya selepas skuad B-22 gagal ke peringkat separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2019.

Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi, berkemungkinan bagi Brad Maloney sebagai pengendali Skuad Bawah 18 Tahun (B-18) untuk menggantikan Kim Swee. Seterusnya, jurulatih skuad senior, Tan Cheng Hoe juga dilihat boleh mengambil tempat Kim Swee.

Terakhir adalah mencari jurulatih baharu yang berkebolehan samada pengendali luar atau tempatan.