Siapakah pengarang sunah?

Islam untuk Pemula Hanita Hassan 03-Nov-2020
dreamstime_s_138668779
Siapakah pengarang sunah? © Olekseii Hlembotskyi | Dreamstime.com

Jawapan kepada soalan ‘Siapakah pengarang Sunah?’ nampaknya jelas. Sunah adalah kumpulan kata-kata, perbuatan, pelaksanaan atau penilaian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dalam kehidupannya di dunia dan telah dicatat dalam bentuk kisah yang terpisah daripada Hadis.

Oleh itu, Rasulullah SAW merupakan pengarang sunah, betul? Baiklah, jawapannya adalah ya dan juga tidak.

Setiap yang disampaikan Rasulullah SAW adalah arahan Allah SWT

Nabi Muhammad SAW telah dipilih oleh Allah Yang Maha Kuasa sebagai Rasul-Nya. Baginda menerima wahyu terakhir seperti yang telah Allah sampaikan melalui nabi-nabi yang terdahulu (seperti Nabi Adam a.s, Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s.). Namun, umat manusia ketika itu gagal mematuhi mereka.

Oleh itu, Allah SWT telah memilih Rasulullah SAW sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Allah memerintahkan supaya baginda berdakwah sehingga manusia tidak lagi berani berpaling dari kebenaran yang diutuskan kepada mereka.

Allah SWT telah menganugerahkan Rasulullah SAW dengan kebijaksanaan dan mengutus Jibril bagi membimbing hal-hal keimanan dan ketakwaan serta  menyampaikan wahyu. Setiap sesuatu yang disampaikan oleh Baginda adalah arahan dari Allah.

Malik Ibnu Anas r.a, merupakan pakar fikah dan muhaddis yang terkenal dan pengasas salah satu mazhab. Beliau menetap di Madinah pada abad ke-8 Masehi dan mengenali ramai para sahabat Rasulullah SAW serta keturunan mereka.

Beliau juga menyatakan bahawa hadis yang dikumpulkannya adalah diterima daripada Rasulullah SAW. Kenyataan ini dapat menjadi asas bagi jawapan kepada persoalan siapakah pengarang sunah.

Kesinambungan daripada wahyu Ilahi

Setiap kata dan perbuatan Rasulullah SAW adalah kesinambungan daripada wahyu Ilahi yang disampaikan kepada manusia melalui kitab suci al-Quran. Secara kolektif, ia menjadi sunah, yang memperinci kaedah dan amalan bagi mempraktikkan segala perintah yang terkandung di dalam al-Quran.

Penyampaian dan pelaksanaan ini telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ia memberi makna yang paling mendalam mengenai asas-asas dunia dan alam semesta ini. Tentang Allah Yang Maha Kuasa sebagai asas, permulaan dan akhir tentang semua yang wujud secara jelas terpisah dari manifestasi asas penciptaan alam ini di dalam kehidupan seharian setiap manusia.

Ini agak logik kerana Allah SWT telah memerintahkan kepada kita: bahawa seseorang itu wajib menunaikan solat. Ini juga dinyatakan di dalam kitab suci Al-Quran. Kemudian Rasulullah SAW juga mengajar kita bagaimana sebenarnya cara yang perlu dilakukan, misalnya, berapa banyak rakaat yang perlu ada pada setiap solat bergantung pada waktu siang dan sebagainya.

Sunah adalah wasiat bagi akidah Islam

Inilah perintah Allah SWT yang disampaikan melalui pesuruh-Nya Rasulullah SAW. Firman-Nya dalam al-Quran:

“Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.”

(Surah al-Hasyr, ayat 7)

Oleh itu, ketika kita menjawab pertanyaan mengenai siapakah pengarang sunah itu, kita akan mengatakan bahawa sunah itu diilhamkan oleh Rasulullah SAW daripada Allah SWT. Rasulullah SAW menyampaikan kepada para sahabat, para sahabat pula menyampaikan kepada semua yang beriman, yang terakhir kemudian mencatatkan dalam bentuk hadis.

Dalam hal ini, kita sebagai umat Islam dan Rasulullah SAW juga telah mengingatkan kita supaya berhati-hati menjaga keaslian sunah ini.  Rangkaian perawi yang membawa kepada kita apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW juga diperhitung sebagai pengarang sunnah.

Akhir sekali, para pengumpul hadis, yang menitipkan kata-kata Rasulullah SAW yang benar dan menyimpannya untuk kita dengan sepenuh hati juga dapat dinamakan sebagai peserta dalam Sunah.

Oleh itu, sunah adalah wasiat bagi akidah Islam secara kolektif di mana setiap Muslim dapat merasakan dirinya termasuk dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.