SIC sasar 30,000 penonton saksi Races of Malaysia

Uncategorized Ahmad Mahmud 11-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Sepang International Circuit (SIC) mensasarkan 30,000 penonton akan membanjiri Litar Antarabangsa Sepang pada 13 sehingga 15 Disember sempena penganjuran sulung Races of Malaysia. Ia merupakan perlumbaan serentak dua roda World Endurance Championship (EWC) Sepang 8 Hours, dan empat roda World Touring Car Cup (WTCR).

Datuk Razlan Razali, Ketua Pegawai Eksekutif SIC berharap penganjuran pertama kali dua kejohanan dunia di Malaysia ini dapat memperkenalkan Races of Malaysia kepada peminat sukan permotoran dalam dan luar negara.

EWC dan WTCR akan menutup sukan permotoran dunia 2019, dan ia di harap dapat membantu mempromosikan kempen Visit Malaysia Year 2020.