Sidang Kemuncak KL 2019 hadiri oleh 56 negara Islam

Uncategorized Yen Doran 18-Dis-2019

Sidang Kemuncak KL 2019 bertempat di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) diterajui Perdana Menteri dan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 18 Disember.

Kira-kira 450 wakil dari 56 negara Islam menghadiri sidang kemuncak ini.

Sidang Kemuncak tersebut akan memberi tumpuan kepada tujuh teras utama iaitu pembangunan dan kedaulatan negara, integriti dan tadbir urus yang baik, kebudayaan dan identiti, keadilan dan kebebasan, keamanan, keselamatan dan pertahanan, perdagangan dan pelaburan serta teknologi dan tadbir urus Internet.

Sidang Kemuncak KL ini dijangka mendapat liputan yang meluas daripada hampir 800 pengamal media tempatan dan antarabangsa.