Sidang Kemuncak KL masuk hari ketiga

Uncategorized Adea Ghafar 20-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Program hari ketiga di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019 hari ini bermula dengan sesi khas bertajuk “Kenapa Pendidikan Kunci Kepada Pembangunan Negara?”. Sidang Kemuncak empat hari ini cuba untuk mencari penyelesaian sesuai yang boleh dilaksanakan dalam menghadapi isu-isu dunia Islam kini.

Seterusnya, program-program lain yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini  akan membincangkan tentang pengagihan semula kekayaan, teknologi, jaminan makanan dan pendidikan di dunia Islam.

Empat sesi pleno tersebut akan menyentuh isu-isu ‘Pengagihan semula Kekayaan – Perkongsian Kesejahteraan’, ‘Jaminan Makanan’, ‘Kemajuan Teknologi Tinggi’ dan Pemeliharaan Identiti Kebangsaan’.