Sidang Kemuncak KL orak langkah memperkasa umat Islam

Uncategorized Adea Ghafar 21-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 21 Dis — Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019 yang berlangsung selama empat hari dan dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah tamat hari ini dengan kehadiran pemimpin dunia Islam termasuk Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran, Hassan Rouhani, juga 56 perwakilan dari negara-negara Islam lain.

Persidangan ini telah berjaya menghasilkan banyak inisiatif dan kerjasama strategik dalam gabungan negara-negara Islam sedia ada.

Ia juga dapat membina ummah, menangani kebimbangan masyarakat dan memberikan sumbangan positif kepada isu dan masalah mutakhir yang membelenggu masyarakat Islam sedunia.