Sihat dan baik untuk kesihatan? Ini manfaat makan petai

Kesihatan Md Wa'iz
Terkini oleh Md Wa'iz
Sihat dan baik untuk kesihatan? Ini manfaat makan petai
Sihat dan baik untuk kesihatan? Ini manfaat makan petai © Arunee Thornpho | Dreamstime.com

Anda gemar makan petai? Ada berita baik untuk anda. Beberapa kajian telah buktikan bahawa petai mempunyai beberapa manfaat terhadap kesihatan kita. Walaupun ia mungkin agak berbau ketika atau selepas dimakan.

Namun, ia merupakan salah satu ulam yang sihat. Apa manfaat makan petai ini?

Nutrisi buah petai

Dalam bahasa saintifiknya, petai disebut sebagai Parkia Speciosa. Ia merupakan sejenis kekacang yang tergolong dalam keluarga Fabaceae seperti kacang pis, kacang kuda dan kacang soya.

Petai dimakan secara meluas di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand dan juga Malaysia. Tahukah anda, buah petai sebenarnya agak tinggi dengan kandungan nutrisi yang bermanfaat.

Petai mengandungi kira-kira 43% zat besi, 36% vitamin C, 20% protein dan sebilangan kecil mineral. Antara kandungan mineral yang terkandung di dalam petai ialah kalsium, kalium, dan fosforus.

Manfaat makan petai yang mungkin anda tidak tahu

Di sebalik baunya yang kurang menyenangkan ketika dimakan, ia sebenarnya kaya dengan manfaat. Antara kebaikan memakan petai terhadap kesihatan manusia ialah:

1. Membantu mengawal tekanan darah

Petai kaya dengan kandungan kalium, tetapi dalam masa yang sama rendah kandungan garam. Ini menjadikannya sebagai makanan yang boleh membantu mengawal tekanan darah anda.

Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) Amerika Syarikat telah membenarkan industri petai untuk membuat tuntutan mengenai kebaikannya dalam mengawal tekanan darah dan strok jantung.

2. Mengelakkan penyakit anemia

Zat besi merupakan jenis nutrisi yang tertinggi dalam kandungan petai iaitu sebanyak 43%. Disebabkan kandungan zat besinya yang tinggi, petai boleh menggalakkan penghasilan hemoglobin dalam darah yang seterusnya mengelakkan penyakit anemia.

Penyakit anemia ialah penyakit di mana berlakunya kekurangan sel darah merah yang cukup untuk membawa oksigen yang mencukupi ke tisu badan anda. Jika anda mempunyai anemia, anda akan kerap berasa lemah dan juga letih

3. Membantu ketika kemurungan

Menurut kajian, mereka yang berhadapan dengan masalah depresi atau kemurungan akan berasa lebih baik setelah memakan petai. Mengapa? Ini kerana petai mengandungi kandungan trytophan. Trytophan adalah sejenis protein yang akan ditukarkan kepada sejenis bahan kimia yang disebut sebagai serotonin dalam tubuh anda.

Serotonin akan membuatkan seseorang individu tersebut berasa lebih tenang, gembira dan selesa selain boleh membantu mengawal emosi.

4. Meningkatkan fungsi otak

Kajian menunjukkan bahawa buah yang kaya dengan kandungan kalium (potassium) boleh membantu otak untuk menjadi lebih berwaspada dan meningkatkan fungsi memori.

Disebabkan petai juga kaya dengan kalium, tidak mustahil buah petai boleh memberikan kesan seperti ini kepada otak anda.

5. Bantu lancarkan masalah sembelit

Untuk mengelakkan masalah sembelit, anda perlu memakan makanan yang kaya dengan serat seperti petai. Apabila anda memakan petai, anda mungkin tidak akan mengalami masalah sembelit lagi.

Berbau tetapi bermanfaat

Selepas ini, jangan lagi memandang rendah terhadap kemampuan petai walaupun ia agak berbau.

Bau yang datang daripada petai itu hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan manfaat kesihatan yang diberikannya kepada tubuh badan kita.

Enjoy Ali Huda! Exclusive for your kids.