Sihat dengan air mineral

Suka Zalika Adam 19-Sep-2020
dreamstime_s_101873651
Air mineral © Monticelllo | Dreamstime.com

Badan manusia boleh sihat dan kekal tanpa makan untuk beberapa minggu, akan tetapi tidak boleh kekal tanpa air, melainkan hanya beberapa hari sahaja. Kerana badan manusia memerlukan 50%-70% air.

Walaupun badan tidak mampu untuk menampung penyimpanan kuantiti air yang banyak, namun, setiap hari kita akan kehilangan air melalui kulit, paru-paru dan kumbahan. Kehilangan air ini perlu digantikan setiap hari. Kandungan air berbeza-beza bagi setiap individu. Ia bergantung kepada aktiviti kecergasan, bentuk badan, metabolisma dan jenis makanan yang diambil.

Air Mineral semula jadi ialah air yang diambil dari bawah tanah melalui mata air. Kita dapat perhatikan pelbagai jenis air minuman yang dibotolkan, samaada air mineral semula jadi, air minuman, air osmosis berbalik dan lain-lain.

Terdapat cara untuk membezakan antara air minuman semula jadi atau air minuman (drinking), dengan hanya melihat kepada penutup botol. Penutup berwarna putih untuk air minuman biasa (drinking water). Manakala untuk air mineral semula jadi menggunakan penutup botol pelbagai warna seperti biru, hijau, merah dan sebagainya.

Ciri-ciri Air Mineral Semula jadi

  • Mendapat kelulusan dan lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diambil kandungan air bawah tanah
  • Tidak boleh ditambah dan diperkaya dengan vitamin mineral, hanya karbon dioksida sahaja dibenarkan
  • Pelbagai cara rawatan digunakan dengan syarat kandungan air dan mineral tidak berubah. Antara cara rawatan ialah penapisan, pengklorinan diikuti pendeudaraan, pengkarbonan, pensterilan ultra ungu dan pelakuan ozon
  • Perlu meletakkan label ‘Air Mineral Semula Jadi’ atau ‘Air Mineral Semulajadi Berkarbonat’ (sekiranya mengandungi karbon dioksida)
  • Apabila dimasak tidak mengandungi klorin. Sehingga rasanya juga berbeza apabila diminum
  • Perlu meletakkan label pada pembungkus botol seperti: amaun jumlah pepejal, nama kandungan mineral, nilai pH, lokasi punca, nombor kelulusan KKM, punca diluluskan KKM, nama dan alamat lengkap pengeluar, buatan Malaysia atau buatan negara asal pengeluar, penutup botol pelbagai warna dan keadaan botol mestilah lutsinar

Justeru, untuk memastikan minuman yang diambil adalah sihat, kita perlulah memilih kandungan air yang bersih untuk diminum. Minuman yang tercemar boleh menyebabkan pembiakan kuman dan penyakit dalam badan.

Walaupun air mineral semula jadi lebih mahal berbanding air minuman biasa, kualiti air perlulah diambil perhatian agar kesihatan kita terus terjamin.