Silat sah kita punya!

Uncategorized Adea Ghafar 13-Dis-2019

Seni bela diri silat telah diiktiraf dalam kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) melalui mesyuarat Intergovernmental Committee for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage di Bogota, Colombia.

Datuk Mohamaddin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, penyenaraian bertaraf dunia oleh UNESCO untuk silat adalah bagi warisan kebudayaan tidak ketara. Malaysia akan bertanggungjawab melindungi seni warisan silat yang merangkumi seluruh dunia, dan bakal mengukuhkan hubungan jaringan dengan negara-negara anggota UNESCO.

Malaysia juga telah diiktiraf oleh UNESCO dalam seni ‘Mak Yong’ (2008) dan ‘Dondang Sayang’ (2018).