Singkir Kulit Kaki Mati Menggunakan Rubbing Foot Lupine

SJ Nail, sebuah syarikat kecantikan dari Korea yang terkenal dengan jenama kuku premium, Lupine, bakal memperkenalkan kit penjagaan kaki terbaharu, Rubbing Foot pada acara Cosmobeaute Malaysia 2019.

Cosmobeaute Malaysia 2019 merupakan acara pameran perdagangan kecantikan yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur mulai 15 hingga 18 Julai ini.

Kit penjagaan Rubbing Foot Lupine terdiri daripada empat item iaitu pelembut, balsam pulih untuk melembapkan kaki, empat keping tampalan kaki bagi membantu melembutkan kulit serta pengikis kaki Lupine.

Set produk itu direka untuk pengguna agar lebih bersih dan berkesan dalam menyingkirkan kulit mati pada kaki menggunakan tampalan khas yang membantu melembutkan kulit mati.

Keberkesanannya dalam membuang pengelupasan terbukti apabila ia berupaya melitupi dan melembutkan kawasan kulit mati dengan tampalan khas berbanding mengenakan pelembut secara terus pada permukaan kulit mati tersebut.

Selain itu, tidak seperti pemotong kematu berbilah, pengikis kaki Lupine menggunakan lapik dua muka untuk membuang sel-sel kulit mati dengan selamat tanpa menjejaskan kaki.

Selain kit penjagaan Rubbing Foot Lupine, SJ Nail akan turut memperkenalkan 10 jenis pen minyak Lupine baharu yang dilancarkan bulan lepas, pelekat kuku gel dan pensteril berbilang kuku yang semakin mendapat permintaan di pameran-pameran luar negara.

“Daya saing jenama kuku Lupine adalah kebersihan dan keselamatan.

“Dengan pelbagai barisan produk yang memenuhi trend pengguna serta pensijilan dari dalam dan luar negara, ia menjadi kunci kepada populariti Lupine di luar negara,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif SJ Nail, Lee Don-Jin.

Menerusi penyertaannya dalam Cosmobeaute Malaysia 2019, SJ Nail berharap dapat berkongsi pelbagai maklumat mengenai produknya dengan orang ramai dan pegawai kecantikan di Malaysia, serta merekrut pengedar di negara ini.

Foto: PR Newswires & laman web SJ Nail