Siri Jelajah Radio Suria Kembali & Bakal Bermula Di Central I-City Shah Alam

Komited dalam acara turun padang sebagai tanda terima kasih dan menghargai sokongan pendengar setia, Suria kembali dengan penganjuran siri Karisma Jelajah Suria yang akan diadakan di sekitar Lembah Klang, Pantai Timur, Utara dan Selatan tanah air.

Bermula pada 7 September ini bermula jam 3.00 petang, bertempat di Central i-City, Shah Alam, Karisma Jelajah Suria akan membawakan persembahan hebat daripada barisan artis-artis popular seperti Ruffedge, Syafiq Farhain, Dayang Nurfaizah, Ara Johari, Exists, Sufian Suhaimi, Shima, Tajul, Muna Shahira, Nominos Band, Zack Zakwan dan Tuah Azmi.

Selain daripada berhibur bersama persembahan artis, pengunjung juga boleh mendekati dan beramah mesra bersama mereka dan juga barisan penyampai Suria iaitu Fizi Ali, Issey, Feeya Iskandar, Sharifah Shahira, Suraya, Tyzo dan DJ Lin.

Jelajah Suria adalah sebuah acara yang paling dinantikan oleh peminat dan pendengar setia Suria FM dan ianya sudah sinonim sebagai satu acara tahunan stesen radio Suria. Cuma yang beza kali ini adalah dengan kehadiran Karisma Cosmetic sebagai penaja kami. Oleh itu, jelajah kali ini dinamakan Karisma Jelajah Suria,” kata Cik Roslinda, Pengurus Kanan Suria atau lebih dikenali sebagai DJ Lin.

Sememangnya penganjuran acara sebegini adalah salah satu usaha kami dalam mempertingkatkan jumlah dan meluaskan lagi sasaran pendengar Suria FM. Berdasarkan hasil kajian yang lepas, pendengar Suria mencatatkan peningkatan dan inilah masanya kami membalas semula sokongan orang ramai terhadap Suria FM.” tambah DJ Lin.

Malah, pengunjung Karisma Jelajah Suria berpeluang memenangi wang tunai dan hadiah eksklusif Suria menerusi pelbagai aktiviti pentas menarik bermula seawal jam 11 pagi antaranya menerusi pertandingan mewarna KUNTUM dan pertandingan karaoke KiraOke Suria.

Untuk peminat dan pendengar yang tidak dapat hadirkan diri ke lokasi Karisma Jelajah Suria, Suria FM menawarkan siaran langsung acara tersebut di radio menerusi kesemua frekuensi Suria dan juga ‘live update’ media sosial Facebook dan Instagram Suria Malaysia.

Karisma Jelajah Suria seterusnya akan ke Pantai Timur, Selatan dan Utara tanah air.

 

Tarikh Lokasi

14 September 2019- Kuantan City Mall, Pahang

21 September 2019- Angsana Mall, Johor Bahru

28 September 2019- Aman Sentral, Alor Setar