Sisi falsafah dalam dunia Imam Al-Razi

Dunia Hanita Hassan 24-Sep-2020
fakhr-al-din-al-razi
Fakhr-al-Din-al-Razi © alchetron.com

Pemikiran ahli falsafah Muslim pada abad pertengahan mempunyai pengaruh yang besar terhadap kemajuan falsafah secara keseluruhannya. Ia menyaksikan sebilangan besar mazhab dan arah pembangunan serta kematangan.

Sambil memahami wahyu yang diturunkan Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW, para ahli falsafah abad pertengahan bukan sahaja berusaha memahami penciptaan dunia tetapi juga memahami bagaimana undang-undang yang dibina dalam penciptaan ini mempengaruhi kehidupan seseorang.

Pengalaman para sarjana abad pertengahan mempunyai kaitan langsung dengan kehidupan moden kita.  Malahan, apakah alasan pelbagai mazhab falsafah jika bukan percubaan untuk mengumpul petunjuk tentang bagaimana kita membaca dan menafsir wahyu Allah SWT – Al-Quran dan Sunnah, bagaimana kita menafsir perkara-perkara yang dilihat di sekeliling kita dalam dunia ciptaan-Nya dan bagaimana kita menghormati-Nya dalam solat dan ibadah.

Salah satu persoalan utama yang diajukan oleh para ahli falsafah zaman pertengahan adalah persoalan mengenai peranan yang dimainkan oleh akal dalam refleksi iman dan wahyu.  Persoalan ini adalah salah satu persoalan pokok yang dikembangkan oleh salah seorang ahli falsafah dan mujaddid Islam yang paling hebat iaitu Imam Fakhr al-Din ar-Razi atau Fakhruddin al-Razi (1149-1205 HIjrah).

Istilah ‘Mujaddid’ merujuk kepada seseorang yang ‘memperbaharui agama’. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengutus kepada umat ini di setiap akhir 100 tahun, seorang (mujaddid) yang akan memperbaharui urusan agama mereka.” (Hadis riwayat Abu Dawud, 4291)

Melalui mujaddid, Allah SWT memulihara kesucian ajarannya supaya tetap utuh. Ia adalah  petunjuk Allah bahawa setiap seratus tahun, akan ada yang menyimpang daripada  Islam yang asal dalam pertembungan pertimbangan kebijaksanaan dan beliau akan menghantar seorang mujaddid agar memulihara kemurnian agama-Nya.  Kita tidak tahu siapakah mereka ini. Kita hanya boleh meneka. Namun ramai yang percaya bahawa salah seorang daripadanya ialah Imam al-Razi.

Lanskap politik dunia orientalis pada zaman Imam al-Razi didominasi oleh Khwarazm dan Kesultanan Ghurid melingkungi sehingga ke wilayah Iran pada hari ini, Uzbekistan, Afghanistan, Tajikistan dan Pakistan.  Pemerintahan Shah Khwarazmiah dan Kesultanan Ghurid telah menggantikan pemerintah terdahulu, Seljuk (nenek moyang Turki moden), walau bagaimanapun selepas kemusnahan Seljuk, jiran di sebelah Barat iaitu Khalifah Bani Abbasiyah memperolehi kembali kemerdekaan mereka.

Imam al-Razi dilahirkan di bandar Ray, bekas ibu kota Seljuk.  Ayahnya adalah Khatib di kota Ray dan pendakwah, jadi Fakhr al-Din mendapat pendidikan yang baik.  Pada mulanya beliau diajar oleh ayahnya di rumah, kemudian di masjid dan akhir sekali di madrasah.  Beliau bermula sebagai pekerja kepada pemerintahan Shah Khwarazmiah dan kemudian Kesultanan Ghurid.  Seterusnya, Imam al-Razi berpindah ke Ghurid, ibu kota Ghurid, Herat.

Gaya pemikiran dalam kalangan ahli falsafah Muslim ketika itu adalah cenderung kepada kebijaksanaan Yunani kuno dan Rom. Asas kepada semua penghasilan falsafah adalah berdasarkan kepada Aristotle dan Plato. Selepas daripada itu semua premis muslim yang dibina berdasarkan kepada kecenderungan ini.

Sebaliknya, Imam al-Razi tergolong sebagai penganut yang menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai asas kepada falsafah dan kemudian membuat kesimpulan daripadanya. Falsafah utamanya adalah peruntukan mengenai kepentingan akal dan daya fikir, penaakulan intelektual (kalam) untuk pencapaian pengetahuan tentang iman dan misteri Tuhan.

Penganut kalam memecah masuk ke dalam beberapa mazhab. Perbezaannya terdapat dalam beberapa butiran penting. Sebagai contoh, mazhab Imam al-Razi iaitu Ashari percaya bahawa ‘sifat-sifat Allah’ seperti  pengetahuan tanpa had, kehendak tidak terbatas, kekuatan tanpa had, lisan yang sempurna, penglihatan tanpa had, pendengaran tanpa had, kehidupan kekal dan kemampuan membuat sesuatu daripada tidak ada kepada ada.

Penentangnya, aliran Mutazilah tetap dengan pendapat  bahawa kualiti lisan yang dicipta untuk manusia tidak boleh dianggap wujud selamanya. Kesimpulan yang dapat diambil adalah bahawa Al-Quran yang dicipta melalui lisan tidak boleh wujud selama-lamanya tetapi sama sepertimana penciptaan lain di dunia ini. Ia adalah satu daripada contoh jenis hujah yang berlaku dalam kalangan pelbagai mazhab ahli falsafah kalam.

Sumbangan falsafah Imam al-Razi yang paling terkenal adalah bahawa dengan menerapkan kalam, kita dapat mendalami pengetahuan mengenai penciptaan dunia. Melalui logik, beliau menyimpulkan bahawa selain dunia ini, wujud juga sebuah dunia lain.

Imam al-Razi berpendapat bahawa kewujudan hanya satu dunia bertentangan dengan kekuatan dan kebesaran Allah SWT yang tidak terbatas. Tanggapan yang menarik ini menjadikan Imam Ibnu Taymiyyah, cendekiawan yang seratus tahun selepas tuduhan bahawa al-Razi kurang beriman, menyokong Imam al-Razi dan mengakui bahawa dunia lain memang wujud.